Petua PemakananSihat

Semak, 10 Jenis Makanan Sumber Karbohidrat Semulajadi Yang Elok Anda Makan

Sumber Karbohidrat - Women Online Magazine

Foto: images5

Karbohidrat merupakan salah satu nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Makanan yang mengandungi karbohidrat juga menjadi sumber energi yang menyokong tubuh kita untuk melakukan aktiviti.

Sungguhpun begitu, kelebihan karbohidrat boleh menjadi salah satu faktor munculnya pelbagai jenis gangguan kesihatan seperti obesiti, diabetis dan juga masalah penghadamanyang lainnya. Jadi, sebab itulah anda harus bijak mengawal jumlah karbohidrat serta memenuhi nutrisi penting yang lain seperti vitamin dan mineral.

Berikut beberapa jenis makanan sumber karbohidrat  semulajadi yang tinggi:

1. Gandum

Cukup terkenal, kerana makanan yang satu ini merupakan sumber karbohidrat yang cukup tinggi, berbeza dengan nasi. Gandum  mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi sekaligus kadar gula yang rendah. Ini bermakna, jika anda mahu mendapatkan nutrisi yang seimbang, cubalah sesekali menggunakan gandum  sebagai makanan utama anda.

2. Telur

Telur sering dihindari beberapa orang karena dinilai memiliki dampak yang buruk bagi kesehatan karena diketahui memiliki tinggi kandungan lemak. Telur sebenarnya merupakan makanan sehat yang mengandung berbagai macam nutrisi penting yang sangat lengkap seperti, vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan juga asid lemak Omega.

3. Pisang

Pisang merupakan salah satu buah yang mengandung sumber karbohidrat tinggi. Jadi, tidak hairanlah pengambilan pisang dapat membuat anda rasa lebih kenyang. Rasa manis yang dihasilkan daripada pisang juga memberikan ekstra energy untuk melakukan aktiviti.

4. Kentang

Makanan yang padat dan cukup mengenyangkan ini merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sangat bagus. Anda boleh jadikan kentang ini  sebagai salah satu alternatif pengganti nasi kerana kandungan karbohidrat yang sangat tinggi. Cuma anda perlu berhati-hati ketika mengolahnya dan jangan disajikan dalam bentuk digoreng kerana ia akan memberikan tambahan lemak.

5. Strawberi

Ia kaya dengan kandungan vitamin C dan juga mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Biarpun strawberi tidak memiliki sumber karbohidrat sehebat pisang, tetapi ia tetap mempunyai nutrisi yang cukup banyak. Keluarga berry seperti strawberi, blueberry dan juga blcakberry merupakan makanan yang mengandung antioksidan yang cukup ‘superbeb’ sehingga dengan pengambilan makanan ini anda akan mendapatkan manfaat yang sangat banyak.

6. Jagung

Jagung merupakan salah satu makanan yang kaya dengan sumber karbohidratnya. Jagung memiliki banyak kelebihan jika dibandingkan dengan beras. Tambahan pula, jagung memiliki lebih rendah kandungan gula dan elok dimakan oleh penghidap diabetes.

7. Yogurt Rendah Lemak

Yogurt merupakan sumber karbohidrat yang mudah dihadamkan oleh tubuh. Pengambilan yogurt akan membuat anda mendapatkan energi dengan cepat kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi. Sungguhpun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana efek sampingannya, selagi anda tidak mengambil dalam jumlah yang berlebihan.

8. Sayur-Sayuran Hijau

  Sayuran yang memiliki warna hijau gelap, selain   menjadi sumber karbohidrat, ia turut mengandungi nutrisi penting  seperti zat besi, protein dan juga vitamin. Sayur-sayuran ini bukan merupakan sumber karbohidrat utama dan hanya dijadikan pelengkap makanan utama sahaja.

9. Oatmeal

Oatmeal adalah makanan yang sangat bagus untuk sarapan kerana ia memberikan kandungan karbohidrat yang cukup banyak. Selain itu, ia juga  rendah lemak dan bagus untuk menjaga kesihatan jantung.

10. Kacang-kacangan

Sumber karbohdirat daripada kacang-kacangan ini sangat baik. Ini adalah kerana ia bukan hanya mempunyai kandungan karbohidrat saja, bahkan terdapat  vitamin D yang sangat baik untuk menjaga kesihatan tulang.

<< Ketahui kebaikan dan khasiat yang terdapat pada buah prune di sini.

 

 

 

 

Previous post

Jom, Temui Elizabeth Tan 'Knock Knock'

Next post

Resepi Kek Batik Milo

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. August 24, 2015 at 10:06 pm — Reply

    […] Oat(oatmeal) merupakan sumber karbohidrat tinggi. Namun karbohidrat dari oat merupakan karbohidrat kompleks, khususnya jia diperbuat daripada gandum asli yang mana karbohidrat akan dilepaskan secara […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *