Senarai Produk Kecantikan Berbahaya 2014
Produk kecantikan yang ada bahan-bahan terlarang berbahaya buat kesihatan, terutama untuk kulit.
Pasaran produk berbahaya ini sudah dilarang, namun masih ada yang tetap memasarkannya ataupun membelinya. Semua itu dilakukan semata-mata kerana mahu wajah menjadi lebih putih dan ‘flawless’ dengan cepat tanpa mengetahui fungsi serta maksud di sebalik nama setiap kandungan bahan yang dimasukkan dalam produk tersebut.
Anda yang suka menggunakan produk-produk kecantikan ini perlu lebih peka dan kena ingat bahawa produk-produk tersebut tidak selamanya membantu penampilan kulit anda menjadi lebih cantik. Jika tidak bernasib baik, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kulit. Bukan sekadar masalah biasa seperti jerawat, malahan mungkin lebih daripada itu. Wajah anda jadi rosak, kulit seperti melepuh terbakar, bernanah dan sebagainya.
Untuk itu, sebagai wanita anda wajar memilih kosmetik yang terbaik serta sesuai dengan kulit anda. Jangan mudah tertipu oleh harga murah serta kata-kata manis yang para penjual kerana ia boleh menghancurkan kecantikan semulajadi yang telah anda miliki. Sudah ramai yang menjadi mangsa produk-produk kecantikan palsu ini dan jangan sampai anda menjadi salah seorang daripadanya!
Produk-Produk Kecantikan Itu Berbahaya kerana ia mungkin mengandungi:
1. Hydroquinone
Bahan ini sering didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, boleh mengakibatkan masalah buah pinggang, kanser darah dan kanser sel hati.
2. Merkuri
Biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, buah pinggang, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser kulit.
3. Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati.
4. Sodium Laureth Sulfate
Biasa didapati dalam produk syampu, sabun badan dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, dan katarak mata.
5. Isopropyl Alcohol
Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.
6. Tretinoin/Retinoic Acid
Jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, boleh menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin.
7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine) & MEA (Monoethanolamine)
Ketiga-tiga bahan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.
8. Minyak Mineral
Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit, tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.
9. Paraben
Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara.
10. Propylene Glycol
Produk seperti kosmetik dan pencuci muka juga banyak menggunakan bahan ini. Bahan ini mampu menyebabkan masalah kemerahan pada kulit
11. Polyethyene Glycol (PEG)
Boleh kelembapan kulit terganggu dan mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria. dan kerosakan buah pinggang dan hati.
SEMAK!!
Senarai produk di bawah ini telah diambil daripada web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan( BFPK), Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dikemas kini bagi tahun 2014. Produk ini telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan cukup berbahaya buat pengguna.
Senarai Produk Kosmetik yang Dibatalkan Notifikasi / disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk Tahun 2014
1. AS Beauty Night Cream
Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri
2. AS Beauty Day Cream
Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri
3. Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507
Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri
4. Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2
Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri
5. Dermaceutic Spot Cream
Bahan Kimia Yang Dikesan: Hydroquinone dan Tretinoin
6. Dermaceutic Spot Peel Cream
Bahan Kimia Yang Dikesan: Hydroquinone dan Tretinoin
Kredit foto: Hemodia
<< 6 Produk Kosmetik Berbahaya 2013. Ketahui senarainya…
No Comment