5 Punca Badan Anda Jadi Lemah Di Pagi Hari
Kredit : listen-hard
Badan anda terasa lemah pada setiap hari? Padahal anda merasakan sudah cukup rehat dan makan, tetapi badan tetap rasa lemah. Ataupun setiap hari anda memang terasa penat. Badan lemah semacam!
Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan anda berasa penat atau badan lemah.Berikut beberapa penyebab badan anda mudah lemah:
Jika anda kurang minum air, ia boleh membuatkan anda dehidrasi. Dehidrasi sendiri boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang membuat darah lebih tebal. Ia boleh mengganggu gerak kerja jantung untuk menghantar oksigen serta nutrisi bagi otot dan organ. Pastikan anda minum lapan gelas air sehari, makan sayur-sayuran serta buah yang tinggi kandungan air dan serat. Serat berfungis mengikat cecair hingga pengambilan air bertahan lebih lama di dalam tubuh.
Kekurangan zat besi dalam tubuh membuat anda berasa lemah, cepat penat mudah marah, serta tidak fokus. Ia disebabkan oleh otot dan sel kekurangan oksigen. Kekurangan zat besi juga dapat meningkatkan risiko anemia. Untuk mengatasinya, perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandung vitamin C.
Makanan akan memberikan energi buat tubuh anda. Namun ketika anda tidur, tubuh Anda mengepam darah dan oksigen melalui makanan tersebut. Ketika anda bangun pada keesokkan paginya, tubuh perlu diisi kembali energinya dengan sarapan. Jika anda mengabaikannya, sudah pasti badan jadi lemah.
Makanan ini penuh dengan gula, namun karbohidrat yang sederhana.Makanan ini memiliki jumlah ‘glikemik’ tinggi yang boleh meningkatkan kadar gula darah. Peningkatan gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan kepenatan. Untuk menjaga kadar gula agar tetap stabil, pilihlah makanan yang mengandung protein. Seperti ayam panggang, ubi jalar, ikan salmon, beras merah atau salad buah-buahan.
Anda mungkin berfikir bahawa depresi hanyalah gangguan emosi. Namun, perkara ini akan berkaitan dengan gejala fizikal yang boleh menyebabkan badan lemah, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan. Cuba periksa kembali beban kerja anda. Bekerjalah dalam suasana yang damai dan penuh santai kerana ia boleh membuatkan anda menjadi lebih kreatif, produktif dan efektif.
<< Ketahui cara mengatasi sakit-sakit sendi di sini.
No Comment