ProblemSihat

Kenali Punca Yang Menyebabkan Anda Mudah Jadi Pelupa

Penyakit Lupa - Woman Online Magazine

Foto: singledadhouse

Kadang-kadang disebabkan penyakit lupalah hubungan yang terjalin boleh jadi berantakan.Ada banyak alasan daripada segi perubatan yang membuatkan seseorang itu boleh menjadi pelupa.Lupa atau tidak ingat merupakan ketidakmampuan seseorang untuk mengungkapkan apa yang ada di dalam kotak pemikirannya.

Ada orang yang cepat sangat lupanya ketika meletakkan barang, membawa sesuatu ataupun mengingati suatu informasi.Beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab seseorang itu mudah lupa seperti terlalu banyak informasi yang diterima oleh otak (overload), adanya penyakit yang mengakibatkan lupa atau keadaan lainnya. Menurut Profesor Jostein Holmen dari Norwegian University of Science and Technology, kaum lelaki jauh lebih pelupa daripada perempuan. Malahan penyakit pelupa mereka juga tidak mengenal usia, boleh sahaja menimpa lelaki yang berumur 30 atau 60 tahun.

Penyakit lupa ini ternyata turut dipengaruhi oleh pendidikan. Orang yang memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi risikonya lebih kecil untuk menjadi pelupa. Sebaliknya mereka yang sering berasa cemas, takut serta depresi ternyata lebih berisiko untuk mendapat penyakit lupa.

Penyakit lupa di usia muda salah satunya disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Berikut adalah gaya hidup yang sering kita lakukan dan dapat merosakkan atau menurunkan fungsi otak.

1. Makan Sembarangan

Kesibukan dan tuntutan pekerjaan adakalanya membuat kita sering tidak memerhatikan apa yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan. Kecenderungan kita memilih makanan instan atau segera yang banyak menggunakan zat kimia berbahaya atau makan makanan yang mengandungi  kandungan lemak, gula, dan garam yang tinggi. Makanan-makanan tersebut berbahaya kerana boleh mengundang penyakit seperti stroke, yang akhirnya memberikan kesan pada otak.

2. Kurang Tidur

Beban pekerjaan atau seronok berhibur  membuatkan kita lupa waktu untuk beristirahat, termasuk tidur awal.Kita sepatutnya memiliki waktu tidur sekitar lapan jam dalam sehari. Ketika tidur itulah tubuh beristirahat dan melakukan normalisasi, termasuk otak. Tidur yang berkualiti adalah tidur yang tanpa dengkuran. Dengkuran boleh mengundang penyakit lain,seperti jantung atau stroke.

3. Stress

Stress akan memberikan ketegangan di otak dan membuat energi otak habis. Itu sebabnya  stress membuatkan fikiran seseorang menjadi buntu. Seseorang yang mengalami stress biasanya tidak akan dapat berfikir secara rasional atau normal kerana otaknya serabut dan kehabisan energi, termasuk ketika perlu mengingati atau mencari informasi di otak. Stress yang berlebihan juga boleh mengundang pelepasan hormon kortisol yang akan mengganggu daya ingatan.

4. Malas Bersenam

Ramai orang yang gigih atau ketagih bekerja  sehingga malas untuk berinteraksi dengan orang lain serta liat bersenam. Padahal, interaksi dengan orang lain membuatkan otak terasah.Ketika berbual-bual, ingatan lama dipanggil kembali sehingga memori otak terlatih untuk mengimbas kembali segala memori lalu.Selain menjaga kesegaran tubuh, bersenam juga boleh menyegarkan otak.

5. Sakit Kepala Migraine

Jika seseorang  itumenderita migrain, maka keadaan ini akan menimbulkan rasa sakit di kepala. Ia boleh membuat seseorang  itumenjadi bingung serta mendapat penyakit lupa.

6. Pengambilan Ganja

Seseorang yang memiliki kebiasaan mengambil ganja akan mengalami kesukaran untuk mengingati apa saja yang terjadi walaupun pada hari yang sama. Penggunaan ganja boleh menyebabkan gangguan memori dan berfikir, gangguan koordinasi serta kurangnya konsentrasi.

7. Menopause

Ketika memasuki tahap pra-menopause atau menopause, seseorang  wanita akan mengalami pelbagai gejala yang merupakan akibat dari perubahan hormon yang drastik.

8. Hipotiroid

Suatu keadaan kekurangan tiroid kerana tubuh tidak boleh menghasilkan hormon tiroid yang cukup sehingga mempengaruhi ketidakmampuan seseorang itu untuk mengingat.

<< Wanita menopause juga boleh fit. Info selanjutnya baca di sini.

 

Previous post

Mesti Cuba! Senaman Ringkas Besarkan Punggung

Next post

Cara Terbaik & Selamat Tunda Kehamilan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *