Ketahui Punca Terjadinya Ulser Mulut & Cara Pantas Meredakan Kesakitannya
Kredit foto: androsent-sleep
Ulser mulut. Ulser mulut atau lebih dikenali dengan nama “mata ikan” merupakan luka dalam mulut berwarna putih atau kuning,dikelilingi warna kemerahan dan menyakitkan.
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi.Kebiasaannya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu.Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit. Namun,sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.
Siapakah Orang Yang Selalu Terkena Ulser Mulut?
Ia terjadi pada semua orang tetapi golongan wanita lebih kerap mengalaminya terutamanya semasa mengandung dan semasa kedatangan haid.
Tanda-Tanda Ulser Mulut?
- Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
- Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.
- Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Punca Terjadinya Ulser Mulut?
- Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
- Daya menahan sakit yang lemah.
- Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
- Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
- Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
- Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
- Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering.
- Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Baca Juga: Kesan Stress Buat Tubuh & Kebaikan Air Suam
Langkah-langkah Yang Boleh Anda Lakukan:
- Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
- Kurangkan air berasid.
- Gunakan antiseptik untuk berkumur.
- Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti.
- Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit.
- Minum air masak dengan kuantiti yang banyak.
- Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks dan atau Arcalion.
- Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12.
- Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
- Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Pengambilan probiotik seperti Acidophilus yang terdapat dalam bentuk kapsul atau di dalam Yogurt juga boleh membantu.
Baca Juga: Asid Folic & Buah-Buahan Yang Mengandung Vitamin C
Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulu
1. Air garam
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.
Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut anda sembuh dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
2. Air Baking Soda
Anda boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.
3. Air kelapa
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.
4. Marjerin
Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.
5. Madu
Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.
Baca Juga: Manfaat Madu
Buat Pemeriksaan Lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
- Ulser yang anda alami agak besar, iaitu melebihi 3 mm.
- Ulser berdarah.
- Tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Nota Kaki: Anda juga dinasihatkan untuk minum air masak secukupnya kerana musim kering dan jerebu seperti sekarang membuatkan anda berisiko tinggi untuk mendapat ulser mulut sekiranya kurang minum air masak.SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.
<< Ingin tahu khasiat putih telur untuk kencantikan wajah? Baca di sini.
2 Comments
memang seksa kena ulser mulut, nak minum air pun pedih. alhamdulillah jarang kena
Betul puan,air putih kena selalu minum.Minimum 3 liter sehari ya puan!