KewanitaanSihat

Kerap Sakit Perut, Petanda Awal Anda Hamil?

Sakit Perut Tanda Hamil - women online magazine

Tidak ada seorang pun wanita yang tidak gembira apabila mengetahui dirinya disahkan mengandung.Ternyata anugerah Tuhan yang dikurniakan sangat bernilai dalam kehidupan pasangan suami isteri.

Namun pelbagai keluhan disuarakan oleh wanita saat menjalani tempoh kehamilan, antaranya ialah sakit perut . Adakah ini tanda hamil? Ketahuinya di sini…

1. Sakit Pada Bahagian Tengah Perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.

2. Sakit Pada Bahagian Bawah Perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.

Selain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.

3. Kembung Perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.

Selalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

4. Kejang Perut

Kebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.

 

Cara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil

  • Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.
  • Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.
  • Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.
  • Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.
  • Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.
  • Cukupkan masa untuk anda beristirahat.

Kredit foto: availclinical

<< Ketahui lebih lanjut tentang alternatif melahirkan bayi menerusi teknik bersalin dalam air di sini.

 

Previous post

10 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati Di Korea!

Next post

Kebaikan & Khasiat Buah Avocado Mampu Lindungi Kita Daripada Pelbagai Penyakit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *