Semak!10 Petua Mudah Bersalin
Sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki. Ia seperti satu perjuangan antara hidup dan mati seseorang ibu.
Pastinya para ibu hamil terutamanya yang baru pertama kali akan merasai pengalaman ini tertanya-tanya petua mudah bersalin apabila sampai masanya nanti. Berikut merupakan panduan yang boleh anda amalkan untuk memudahkan proses anda bersalin nanti.
- Elakkan Terlalu Berehat
Jangan manjakan diri anda. Gagahkan diri anda untuk melakukan kerja rumah yang ringan. Malah anda juga disarankan untuk memperbanyakkan aktiviti berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
Rajinkan mulut anda untuk bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat,saudara mara,mahupun jiran tetangga. Pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman dan tips untuk dikongsikan kepada anda.
Selain itu,luaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi.
Rajinlah membaca Al-Quran serta amalkan solat-solat sunat dan zikir. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum,semasa dan selepas bersalin. Paling penting,jadikan anda sebagai seorang yang berfikiran positif.Selain itu,ibu hamil mestilah menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Hindari diri dari melakukan aktiviti dan penyakit yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan.
- Menenangkan Diri Dan Memohon Maaf
Walaupun sakit,ibu hamil harus berusaha untuk bertenang dengan cara berzikir dan berselawat untuk mengurangkan sakit yang ditanggung.Ketika ini,sokongan moral daripada si suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Jangan lupa untuk memohon maaf kepada suami dan kedua orang tua anda sebelum bersalin.
- Alas Perut
Melahirkan anak memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Oleh itu,alaslah perut anda sebelum masuk bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera. Jangan sesekali biarkan perut anda kosong.
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO(virgin coconut oil) sangat membantu proses bersalin. Ia juga merupakan. Minyak kelapa dara boleh diambil dengan cara diminum atau dalam bentuk kapsul. Pengambilan minyak kepala dara sepanjang tempoh kehamilan juga bertindak.
- Telur Ayam Kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama,pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Caranya adalah dengan mengambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital untuk bersalin. Mungkin petua ini agak meloyakan tekak anda namun percayalah ia dapat memudahkan proses anda bersalin kelak. Telur ayam kampung ini juga boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan dalam bentuk separuh masak.
- Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini dapat membantu dalam proses bersalin. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah ulam,ditumis,dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.
- Kurma Dan Air Zam-Zam
Kurma adalah sejenis buah yang boleh memberikan tenaga dengan segera kerana ia pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat,kurma juga terdiri daripada serat dan potassium. Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh sementara menungu untuk masuk ke bilik bersalin dan minum bersama air zam-zam sebagai penghilang dahaga.
Rajinkan diri anda untuk melakukan senaman pelvis kerana jika otot pelvis anda kuat maka ia akan memudahkan otot pelvis menerima tekanan sewaktu proses bersalin nanti. Selain itu, lakukan juga senaman biasa yang ringan secara tetap.
Kesimpulan
Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dielakkan. Sebagai umat Islam,anggaplah kesakitan ketika proses bersalin itu sebagai kafarah dosa.
Kredit foto: mahercomm
<< Ketahui teknik agar suami anda ‘tahan lama' di ranjang. Baca di sini.
No Comment