8 Tips Sebelum Memulakan Senaman Di Gym
Bersenam di Gym merupakan trend masa kini untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Dapatkan tips sebelum bersenam di sini..
Besenam adalah satu cara untuk cara hidup yang sihat. Bersenam juga merupakan salah satu cara diet yang betul. Jika tidak bersenam, mungkin akan memudaratkan kesihatan kita. Ia juga akan mengakibatkan seseorang itu boleh menjadi gemuk.
Masa kini telah menjadi satu “ trend” di mana ramai yang suka bersenam di gym. Hari ini kami di Women Online Magazine akan memberikan perkara yang perlu di lakukan sebelum mula bersenam di gym.
Tapi anda juga perlu berjaga-jaga dengan teknik dan cara senaman yang betul. Jika salah cara senaman anda, dikhautiri anda akan mudah tercedera dan menjadikan senaman anda itu hanya sia-sia.
Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika bersenam ialah:
1) Lakukan Senaman yang Sama dan Biasa
Lumrah pada manusia, anda akan menjadi bosan dan jemu jika melakukan perkara yang sama. Begitu juga dengan senaman. Anda pasti akan bosan jika melakukan satu atau dua senaman yang sama sahaja setiap hari mahupun setiap minggu.
Melakukan senaman yang sama bukan hanya akan membuatkan anda bosan malahan juga anda tidak akan mendapat hasil yang anda inginkan jika tetap dengan senaman yang sama.Cuba variasikan senaman dan latihan anda supaya tidak bosan dan memberi impak kepada tubuh badan kita.
2) Tidak Memanaskan Badan
Ramai yang memandang enteng perkara ini. Bagi sesetangah orang, memanaskan badan adalah membunag masa dan tidak perlu dilakukan.
Buangkan perspektif negatif tersebut. Anda sebenarnya mudah tercedera, terutama masalah hamstring jika anda tidak memanaskan badan sebelum bersenam. Luangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk melakukakan pemanas badan ni.
3) Bersenam dengan Perut Kosong
Ada yang berfikir bersenam dengan perut kosong akan memudahkan proses diet mereka. Jika anda antara salah seorang yang berfikiran begitu, buang ‘pegangan’ ini kerana ternyata fakta ini tidak benar.
Sebelum bersenam, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai kabohidrat kerana kabohidrat akan membantu memproses membakar lemak anda. Jika anda membiar perut anda kosong ketika bersenam, dikhuatiri akan mengakibatkan otot anda mudah tercedera.
4) Terlalu Memberi Tumpuan Kepada Senaman Kardio
Senaman kardio, seperti diketahui ramai antara senaman yang banyak mengeluarkan peluh dan cepat membakar lemak. Senaman ini menjadi senaman paling popular terutama di kalangan wanita.
Namun anda silap sebenarnya jika hanya fokus kepada senaman kardio sahaja dalam aktiviti senaman anda. Anda juga hendaklah menumpukan perhatikan kepada latihan ketahanan fizikal seperti angkat berat untuk menguatkan otot dan dapat membuang lemak-lemak degil.
Tubuh badan anda juga memerlukan rehat yang mencukupi supaya dapat menjalankan senaman dengan sempurna. Anda hendaklah berehat sekurang-kurangnya 2 jam untuk meneruskan senaman yang seterusnya.
6) Postur Badan Tidak Betul
Perkara ini sering berlaku kepada sesiapa yang melakukan senaman di gym. Anda hendaklah memastikan postur badan anda dalam keadaan neutral dan bersedia untuk mengangkat beban, terutama peralatan yang menggunakan mesin.
Pastikan anda melakukan senaman dengan cara yang betul. Jika tidak pasti dengan langkah yang anda lakukan atau risau tidak larat dengan beban yang diambil, pastikan anda bersenam dengan rakan anda atau jurulatih peribadi yang bertauliah.
7) Tidak Konsisten
Lakukan senaman dengan konsisten, bukan melakukan senaman ketika anda hendak atau ketika keadaan perlu sahaja. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya dapat mengekalkan kesihatan anda.
Masih ada yang berfikiran kolot yang merasakan dengan senaman anda bebas memakan apa sahaja asalkan anda bersenam. Setelah anda ‘belasah’ apa yang anda makan, senaman mampu membuang lemak yang ada di dalam badan.
Ternyata pandangan sebegini adalah salah. Penjagaan pemakanan adalah penting bukan untuk tubuh badan yang menarik sahaja, malahan penting untuk menjamin kesihatan kita .
Pastikan teknik senaman anda adalah betul. Elakkan daripada sering melakukan kesalahan ketika bersenam kerana dikuatiri hanya membebankan tubuh badan anda. Ayuh jadikan senaman sebgai rutin sihat anda!
Kredit foto kepada Foxnews
<< Nak tahu apakah 4 senaman ringkas yang anda boleh lakukan ialah
No Comment