SenamanSihat

Kena Cuba!10 Cara Kuruskan Pipi Supaya Hilang ‘Chubby’

cara kuruskan pipi - woman online magazine

Kredit:

mechanicsvillefamilydentist

 

Adakah anda tersenarai dalam kategori wanita yang mempunyai pipi yang ‘chubby’? Jika ya, anda kena cuba cara kuruskan pipi ini. Tapi sebelum anda melakukan cara yang disarankan, anda perlu tahu terlebih dahulu kenapa pipi anda boleh jadi ‘chubby’.

Penyebab Pipi ‘Chubby’

  • Jika terlalu gemuk, pipi anda akhirnya turut ikut membengkak.
  • Terlalu kerap merokok dan meminum minuman keras juga boleh membuatkan pipi menjadi ‘chubby’.
  • Terlalu banyak makan makanan segera dan berlemak.
  • Jarang bersenam.
  • Kurang minum air putih.
  • Kurang rehat dan tidur.
  • Kurang kalsium.
  • Terlalu banyak mengunyah makanan.

Cara Kuruskan Pipi ‘Chubby’ Agar Menjadi Tirus

  1. Kunyah Gula-Gula Getah

Mengunyah gula-gula getah atau chew selain boleh menenangkan saraf dan menyegarkan bau nafas, ia juga boleh menguruskan badan serta meniruskan pipi anda yang ‘chubby’. Secara tidak langsung, ketika anda mengunyah gula-gula getah ia sudah membuat rahang dan pipi anda bersenam. Anda Cuma perlu mengunyah gula-gula getah setiapkali selesai makan. Tetapi, jangan makan secara berlebihan ya, nanti bukan pipi anda yang menjadi tirus. Sebaliknya anda mendapat sakit rahang gigi pula!

  1. Lakukan Senaman X-O

Caranya mudah sahaja, anda perlu menyebut “X” dan “O” secara terus menerus.Senaman wajah ini akan membuatkan kedua belah rahang akan tertarik terus menguat dan perlahan-lahan membakar lemak di pipi. Lakukan senaman ini setiapkali anda mempunyai waktu lapang, sambil memandu kenderaan atau sebelum tidur dan sebagainya.

  1. Naikkan Pipi

Cubalah senyum sambil mengangkat pipi anda dengan tinggi, biar pipi sampai mendekati mata. Lakukannya dalam keadaan anda senyum dalam keadaan yang tegang. Boleh juga dilakukan sambil menutup mata dan tahan selama beberapa saat. Lakukan secara berulangkali.

  1. Buka Mulut Luas-Luas!

Buka mulut luas-luas seperti ketika anda menyebut huruf A dengan penuh semangat.Tahan dalam bebeerapa saat sebelum anda menutup kembali mulut anda. Ulang beberapa kali selama beberapa minit. Lakukan aktiviti ini tiga kali sehari. Jangan berlebihan kerana ia boleh membuatkan rahang anda menjadi sakit.

  1. Kuruskan Pipi Dengan ‘Fish Lips’

Tahu tak macam mana nak buat ‘fish lips’? Kalau tak tahu, cuba perhatikan bibir ikan dan ikutlah cara bibir ikan tersebut dengan mengapit bibir anda. Lakukan ‘fish lips’ ini sehingga bibir bahagian atas dan bahagian bawahut. Kemudian tahan beberapa saat dan lakukan secara berulang.

  1. Menyedut Pipi

Kecutkan bibir anda dengan menyedut pipi kiri dan kanan sekuat mungkin. Tahannya selama beberapa saat atau seminit.Kemudian lepaskan dan lakukannya secara berulang-ulang kali, terutama pada masa lapang.

  1. Kembang Kuncupkan Pipi

Caranya tutup mulut anda,lalu tiup seperti anda meniup belon dan isi semua pipi anda dengan udara. Terus tiup pipi sebelah kiri, biarkan selama beberapa minit. Kemudian tiup pipi sebelah kanan pula, dan lakukan secara berulang-ulang selama beberapa minit.

8.Buat Muka Lion Face

Buka mulut anda lebar – lebar, kemudian jelirkan lidah, buat pipi menjadi tegang sehingga wajah anda juga berada dalam keadaaan tegang. Tahan seketika, kemudian lepaskan. Lakukan secara terus menerus berulang-ulang.

  1. Facial Wajah

Lakukan facial wajah atau lakukan urutan wajah.Lakukan sendiri di rumah dengan cara melakukan gerakan melingkar. Ia dapat membantu menringankan ketegangan dan perit setelah melakukan beberapa senaman wajah tersebut.

10. Senyum dan Ketawa

Ternyata senyum dan ketawa mampu meniruskan pipi. Bahkan dengan banyak tersenyum dan ketawa, otot – otot wajah akan menjadi relaks. Selain mampu kuruskan pipi, ia juga boleh membuatkan wajah anda selalu awet muda.

<< Wajah nampak lebih cerah dan muda dengan lipstik merah. Baca di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Cara Betul Mencukur Bulu Ketiak Supaya Ketiak Anda Tidak Kekal Hitam

Next post

Ketahui Rahsia Luar Biasa Yang Terdapat Pada Bunga Kantan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *