Tubuh Lebih Langsing Dengan Cara Mudah Bakar Lemak. Ketahuinya Di Sini…
Foto: biegologia
Berlari dan berjalan adalah cara yang efektif untuk membakar lemak, menurunkan berat badan, membina otot dan meningkatkan denyutan jantung.
Berjalan Vs Berjoging
Cara terbaik untuk memilih salah satu daripada dua aktiviti fizikal yang terbaik sebenarnya bergantung kepada tahap kesihatan seseorang individu itu. Berlari efektif membina otot dan mengalirkan hormon endorfin,yang membuat seseorang berasa lebih bersemangat. Namun, berlari tidak sesuai dilakukan oleh semua orang, terutama bagi mereka yang memiliki kecederaan atau arthritis di bahagian kaki atau lutut.
Manakala berjalan pula, meskipun tidak membantu tubuh menghilangkan lemak sepantas berlari, berjalan masih menjadi pilihan aktiviti fizikal yang ideal.Berjalan dikatakan sangat bermanfaat untuk mereka yang memiliki gangguan kesihatan, seperti kecederaan di lutut dan penyakit jantung serta orang yang sudah lanjut usia. Bagi anda yang memilih untuk tidak melakukan aktiviti berlari, apapun alasannya, terdapat pilihan lain iaitu berjalan laju. Melakukan aktiviti berjalan laju dengan lengan berayun mampu memberikan tubuh manfaat senaman secara keseluruhan serta meningkatkan denyutan jantung. Berjalan dengan kombinasi kepantasan berbeza, laju kemudian lambat, kemudian kembali laju boleh membuatkan tubuh anda ramping lebih cepat.
Berbasikal Vs. Berjoging
Ketika ingin menurunkan berat badan, berbasikal dan berjoging merupakan aktiviti fizikal kardiovaskular yang boleh dijadikan menjadi pilihan.Kedua-dua aktiviti ini melibatkan otot-otot besar, memperkuatkan kaki dan meningkatkan metabolisme. Namun, tetap penting mempertimbangkan keadaan fisik Anda seperti cedera yang pernah dialami ketika memilih latihan penurun berat badan.
Efektifnya pembakaran kalori berbasikal atau berjoging bergantung pada tempoh dan intesif senaman tersebut.Berlari atau berjoging melibatkan gerakan mengayun lengan dan kaki sehingga mengundang pembakaran kalori lebih banyak daripada berbasikal.Menurut Hirofumi Tanaka, Pengarah Cardiovascular Aging Research Laboratory di University of Texas, Austin, berjoging membakar lebih banyak kalori daripada berbasikal. Kajiselidik yang dilakukan oleh American College of Sports Medicine menemukan bahwa orang dengan berat 75 kg yang berlari 4 minit per km mampu membakar sekitar 1.000 kalori. Sedangkan orang yang sama dan berbasikal dengan kepantasan 35 sampai 40 km/jam akan kehilangan sekitar 850 kalori.
Asid lemak digunakan sebagai sumber energi selama aktiviti kardiovaskular sehingga turut mengurangkan tahap lemak tubuh. Sebuah kajian yang diterbitkan di “International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism” telah meneliti 10 atlet lelaki yang berbasikal dan berjoging untuk menentukan mana yang memiliki metabolisme lemak lebih tinggi. Melalui kajian tersebut, didapati bahwa berlari lebih efektif dalam membakar lemak dibandingkan berbasikal dengan rutin yang sama.
Mencegah Kecederaan
Meskipun melalui kajian tersebut menunjukkan berjoging lebih efektif dalam membakar kalori, namun berlari atau berjoging adalah senaman yang mempunyai risiko kecederaan lebih tinggi dibandingkan dengan berbasikal.Ini bermakna seseorang itu lebih mudah mengalami kecederaan ketika berjoging. Berbasikal tidak mengakibatkan tekanan yang terlalu besar pada sendiri dan membuatnya lebih mudah dilakukan untuk jangka waktu lama.
Kesimpulan
Tahap kesihatan anda menjadi faktor penentu dalam memilih jenis-jenis senaman terbaik. Misalnya, seseorang yang mengalami masalah sendi lutut boleh memilih aktiviti berbasikal supaya lutut tidak mengalami tekanan berlebihan. Anda juga harus menikmati aktiviti sihat yang anda lakukan ini. Untuk menghindari kebosanan, selangselikan antara dua jenis aktiviti ini. Jika anda berdiet, jadikan diet sesuatu yang menyenangkan. Dengan cara ini akan mempercepatkan keberhasilan diet anda.
No Comment