Wajib Tahu! 5 Manfaat Jalan Kaki
Kredit :worldofdiets
Manfaat Jalan Kaki Sungguh Luar Biasa. Berjalan kaki dianggap sebagai senaman yang paling efektif kerana boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Berikut beberapa manfaat jalan kaki yang perlu anda ketahui.
- Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Aktiviti berjalan kaki boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh anda sehingga anda tidak mudah diserang penyakit. Ini adalah kerana daya ketahanan tubuh anda terjaga dengan baik.
Dengan melakukan aktiviti berjalan kaki secara automatik kadar gula atau glukosa di dalam tubuh akan bekerja di setiap jaringan sel dalam tubuh anda. Situasi ini membuatkan kadar gula atau glukos tersebut tidak ‘berkumpul atau bertimbun’ di dalam darah. Secara tak langsung ia akan membuatkan anda terhindar daripada penyakit diabetes. Penyakit diabetes merupakan penyakit yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah anda.
Berjalan kaki boleh membantu untuk menjaga perjalanan darah masuk dan keluar dari jantung untuk bekerja dengan cara yang sempurna. Ini bermakna berjalan kaki juga penting bagi kesihatan jantung anda.
Dengan berjalan kaki secara teratur, ia mampu membuat gerak kerja otak berjalan lebih baik. Jalan kaki juga mampu meredakan depresi dan stress serta meningkatkan daya ingatan.
Bagi anda yang ingin membakar kalori dengan cara sederhana, tak ada salahnya anda cuba bersenam dengan berjalan kaki. Dengan teknik yang tepat,berjalan kaki boleh menambah jumlah kalori yang terbakar sehingga 15 peratus.
<< Ketahui manfaat treadmill buat anda yang mahu mendapatkan bentuk badan yang cantik di sini.
No Comment