SenamanSihat

Senaman Buang Lemak Selepas Bersalin

senaman selepas bersalin - women online magazine

Pernah dengar senaman selepas bersalin ?  Jom ketahuinya di sini..

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T. Tiada kebahagiaan dalam sesebuah rumahtanga kecuali hadirnya seorang anak ditengah-tengah mereka. Kelahiran anak menjadi momen paling berharga bagi pasangan yang sudah berkahwin kerana anak menjadi tanda kasih sayang antara suami isteri.

Apabial seorang isteri  itu mengandung, terdapat beberapa berubahan pada fizikalnya, terutama berat badan. Anda bukan sahaja makan dan minum untuk diri sendiri. Sebaliknya, juga untuk kesihatan bayi yang di dalam kandungan.

Sekiranya anda gemar melakukan senaman ketika mengandung, ia adalah sesuatu yang harus diberikan pujian. Sungguhpun begitu, elakkan senaman yang mempunyai risiko tinggi membuatkan anda mungkin terjatuh.

Banyak kajian menunjukkan bersenam mampu membantu mempermudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran atau menolak bayi keluar. Apabila bersenam, aliran darah dikatakan menjadi lebih lancar.

Bagaimana pula dengan senaman selepas bersalin? Perlukah ia dilakukan? Jawapannya, sudah tentu! Biasanya wanita yang baru sahaja melahirkan akan merasakan dirinya gemuk. Perkara tersebut adalah normal, tambahan pula tempoh sembilan bulan kehamilan itu membuatkan badan membesar.

Biasanya, setelah melahirkan berat badan anda itu akan berkurangan sekitar 6-7kg, tetapi pada bahagian perut masih belum boleh kembali keadaannya seperti sebelum mengandung.

Sudah pasti keinginan untuk memiliki tubuh langsing, walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetap kuat di dalam  diri. Jadi, sebab itulah ramai wanita  sanggup melakukan pelbagai cara tanpa mempertimbangkan kesihatan diri dan juga bayinya.

 Antara senaman yang sesuai anda selepas bersalin bagi mendapatkan tubuh idaman ialah:

1.    Senaman Kardiovaskular

Sebelum memulakan senaman, pastikan diri anda sudah boleh melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin berlaku. Selain itu, jauhi senaman yang berkapasiti tinggi . Pada peringkat permulaan ini, apa kata jika anda melakukan aktiviti berjalan-jalan sambil menolak perlahan-lahan kereta sorong bayi anda atau berjalan kaki di sekitar rumah.

2.    Senaman Kegel

Jika malas atau masih risau dengan keadaan diri anda, sebaiknya bersenam di rumah terlebih dahulu. Antara senaman selepas bersalin yang sesuai dilakukan di rumah ialah senaman kegel. Senaman kegel dapat membantu  mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin.

Ia juga menguatkan pangkal rahim dan otot yang digunakan semasa dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Senaman ini juga mampu membantu menurunkan berat badan serta memantapkan punggung anda.

3.    Senaman Fizikal

Senaman  fizikal juga penting kepada ibu yang lepas bersalin. Latihan bebanan ini khas untuk golongan ibu yang baru bersalin. Senaman ini bertujuan untuk menyasarkan kumpulan otot anda.

Senaman fizikal atau bebanan ini khusus menguatkan otot, namun tidak perlu untuk melakukan senaman fizikal yang terlalu berat seperti mengangkat beban di luar kemampuan.Bebanan yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan diri anda.

Senaman mudah yang boleh dilakukan termasuk melakukan ‘squat’, ‘lunges’ dan tekan tubi. Anda juga boleh memulakan senaman selepas bersalin dengan membuat kerja rumah yang mempunyai sedikit unsur senaman fizikal, seperti menyusunkan atur kembali perabot di rumah anda.

Jika tidak yakin dan memerlukan rujukan untuk melakukan senaman fizikal khas untuk ibu selepas bersalin, anda boleh rujuk di youtube.com yang menunjukkan kaedah yang betul untuk anda melakukannya.

Berhenti jika tidak mampu melakukannya kerana badan anda masih belum sihat sepenuhnya. Jangan paksa diri dan memulakan senaman sebelum anda betul-betul sembuh daripada proses berpantang tidak digalakan. Lagipun jangkamasa dua atau tiga bulan diperlukan  untuk menyembuhkan luka jahitan dan sebagainya.  Jadi, adalah lebih baik ada meminta nasihat pakar atau doktor terlebih dahulu sebelum anda mahu kembali bersenam.

4.    Diet yang Seimbang dan Sihat

Selepas bersalin, sudah pasti anda ingin cepat-cepat diet atau menurunkan berat badan. Tetapi, janganlah terburu-buru.  Anda yang baru lepas bersalin memerlukan tenaga yang banyak untuk melancarkan perjalanan air susu.

Jadi ,sebab itulah anda perlu mengambil makanan yang sihat dengan kandungan zat yang seimbang. Anda tidak digalakkan melakukan diet  yang berat kerana pengambilan makanan berzat sangat penting untuk tumbesar bayi. Sebaiknya ada memulakannya dengan mengambil makanan sihat dan seimbang. Contohnya,  daging tanpa lemak, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan juga perbanyakkan minum air putih.

Selain itu, makanlah makanan hanya pada ketika lapar. Cara ini dikatakan sangat praktikal digunakan kerana dengan pengambilan makanan hanya pada ketika anda sedang lapar akan menghindari anda makan makanan ringan pada waktu lapang sehingga membuatkan tubuh anda kembali gemuk.

Bersenam selepas bersalin bagi mendapatkan berat badan yang kembali ideal seperti sebelum bersalin memang tidak mudah dan perlu dilakukan secara rutin serta teratur.

<< Jom ketahui cara mengatasi kecederaan semasa bersukan di sini.. 

Previous post

5 Cara Menghilangkan Rasa Cemburu Buta

Next post

5 Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *