Senaman Untuk Kuruskan Badan & Turunkan Kolesterol
Foto: wikimedia
Tidak disangkal lagi bahawa senaman adalah aktiviti yang menyihatkan dan melindungi diri anda pelbagai penyakit.Bagi anda yang mempunyai kolesterol tinggi, senaman dan diet menjadi kunci utama untuk menurunkan kolesterol agar tidak menganggu perjalanan atau fungsi jantung. Ramai pakar kesihatan yang berpendapat bahawa senaman aerobik seperti berlari, berenang dan berbasikal, adalah aktiviti paling berkesan dalam rangka menurunkan kolesterol.
Jika anda tidak suka dengan senaman untuk kuruskan badan dan menurunkan kolesterol tersebut, anda masih memiliki beberapa pilihan lain. Sebenarnya apa jenis senaman pun boleh anda lakukan kerana ia tetap akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.Ada beberapa alternatif senaman untuk kuruskan badan dan turunkan kolesterol dalam darah yang boleh anda praktik.
Senaman aerobik bukan setakat mampu menguruskan badan, malah dapat menurunkan kolesterol jahat dalam darah. Ini adalah kerana senaman aerobik membuatkan jantung mengepam lebih kuat dan cepat. Secara tak langsung metabolisme dalam tubuh akan meningkat dan ia bermakna tubuh anda membakar kalori lebih banyak. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tahap kolesterol (kolesterol jahat).Aktiviti seperti berenang, berbasikal dan berjoging merangsang perjalanan enzim tertentu untuk memindahkan tahap kolesterol dari darah ke hati, tempat di mana kolesterol akan diproses untuk dibuang keluar dari tubuh.
Jika senam aerobik mementingkan gerakan secara terus menerus, Yoga adalah kombinasi antara gerakan, pernafasan dan ketenangan pikiran. Yoga akan menurunkan stres dan membuat anda lebih relaks. Perkara ini memberikan reaksi positif terhadap kolesterol dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung.Melakukan yoga secara rutin dikatakan dapat menurunkan tahap kolesterol dari 14% hingga 35%. Bahkan yoga yang digabungkan dengan gerakan yang lebih halus dengan pernafasan dan ketenangan fikiran juga dikatakan boleh menurunkan berat badan.
Taichi
Ternyata Taichi yang pada awalnya adalah seni bela diri kini telah menjadi aktiviti popular bagi mereka yang berupaya bergeral terlalu bebas kerana sakit atau sudah lanjut usia Gerakan Taichi yang lembut dan perlahan sangat sesuai bagi mereka yang ingin melakukan senaman dan melatih jantung tanpa bergerak terlalu pantas.Meskipun gerakannya halus dan lambat, ada kajian yang menyatakan bahwa gerakan ini dapat menurunkan jumlah keseluruhan kolesterol sebanyak 7%, di mana tahap kolesterol turun sebanyak 12% hingga 15% sedangkan kolesterol baik meningkat sehingga mencapai 7%.
Kesimpulan
Apapun senaman yang anda lakukan ia sangat membantu anda untuk menjaga daya ketahanan tubuh. Untuk mendapatkan efek yang baik daripada senaman tersebut adalah dengan melakukannya secara rutin. 40 minit bersenam yang disertai pemanasan, tiga hingga empat kali seminggu adalah fekuensi yang tepat untuk kesihatan jantung anda.
<< Kurus secara sihat dengan senaman kardio di sini.
No Comment