Apa Nak Buat Bila Anak Terkena Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut?
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus. Ia merebak dari individu ke individu secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam daripada mereka yang dijangkiti.
Walaupun sering mnyerang kanak-kanak, orang dewasa juga mudah dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Ulser kecil terbentuk di tekak dan tonsil, manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam.
Tanda-tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
- Sakit tekak.
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah.
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya.
- Sakit kepala.
- Hilang selera makan.
Rawatan
Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.
Pencegahan
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun.
- Tidak digalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.
- Ibu bapa / penjaga harus memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak mereka.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Kredit foto: dearcrazykids.files.
<< Ketahui beberapa senaman membesarkan otot supaya anda jadi lebih fit di sini.
No Comment