ProblemSihat

Kenali Tanda-Tanda Anda Ada Migraine

Tanda-Tanda-Migraine-Woman-Online-Magazine

Kredit : heart4aloe

Adakah anda sering mengalami sakit kepala? Jika ya, anda patut mengenali tanda-tanda migraine agar anda boleh cepat-cepat mencegahnya.

Berikut beberapa tanda-tanda migraine yang boleh anda kenalpasti.

  • Tanda-Tanda Migraine Yang Pertama: Perubahan Emosi

Perubahan suasana hati yang extreme boleh menjadi salah satu petanda dari migraine. Anda mungkin akan berasa tertekan, cepat melenting, marah atau mudah tersinggung tanpa alasan

 

  • Tanda-Tanda Migraine Yang Kedua: Kurang Tidur

Biasanya anda yang kerap menghidap migraine akan mengalmi gangguan tidur. Anda cenderung bangun dengan kepenatan dan lebih mudah terkena serangan migraine. Penghidap migraine juga dikatakan cenderung menderita insomnia.

 

  • Tanda-Tanda Migraine Yang Ketiga: Rasa Berdenyut-Denyut Pada Sebelah atau Kedua Belah Bahagian Sisi Kepala

Rasa berdenyut-denyut pada satu atau kedua belah sisi kepala adalah salah satu tanda klasik migraine. Rasa sakit juga boleh terasa amat mencengkam. Cara terbaik adalah memahami apa yang memudahkan anda ketika anda mengalami migraine, seperti dengan memerangi rasa sakit secara efektif.

 

  • Tanda-Tanda Migraine Yang Empat: Kebisingan, Bau, Atau Cahaya Yang Boleh Mengundang Sakit Kepala Dan Membawa Kepada Migraine

Biasanya kebisingan, bau, atau cahaya dengan kadar tertentu boleh menyebabkan timbulnya migraine. Contohnya, anda boleh diserang migraine ketika sedang berjalan melalui kedai minyak wangi atau dinding yang baru dicat.

 

  • Tanda-Tanda Migraine Yang Kelima: Rasa Kebas Satu Atau Kedua Belah Sisi Kepala

Anda yang diserang migraine akan merasakan kesakitan seperti seribu denyutan terjadi pada masa yang sama. Perasaan ini mungkin bergerak dari satu sisi tubuh satu ke sisi lain dalam satu masa.

<< Ketahui petua mujarab meredakan sakit kepala di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Penyebab Badan Anda Kurus

Next post

Wajib Baca! 4 Bahaya Menanti Bila Anda Makan Malam Sebelum Tidur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *