KewanitaanSihat

Jangan Lupa Tukar Coli Anda!

coli - woman online magazine

Kredit :huffpost

Memakai bra atau coli wanita yang tepat dan selesa ternyata turut mempengaruhi kesihatan payudara. Jadi, sebagai wanita yang sentiasa sibuk anda perlu mengetahui peraturan pemakaian coli wanita atau breastholder yang betul.

Tahukah anda, sehelai coli wanita itu sebaiknya ditukar setiap 3-4 bulan. Ini adalah kerana coli wanita yang anda pakai meregang dari masa ke semasa.Tambahan pula, anda telah memakai coli wanita itu hampir 12 jam sehari, 3-4 hari dalam seminggu selama empat bulan. Bermakna, lebih dari 10 ribu jam masa yang telah anda habiskan dengan memakai coli wanita.Lama kelamaan bentuk coli wanita anda itu pasti akan berubah dan tidak boleh lagi menyokong payudara ada dengan baik. Selain itu, anda beberapa petanda lain yang menunjukkan anda perlu segera bertukar coli wanita, antaranya:

1. Bentuk Coli Wanita Mula Berubah

Jika coli wanita anda itu sudah tidak lentur, terdapat beberapa perubahan pada bahagiannya, seperti kawat atau kain, fungsinya pun sudah tidak lagi maksima.Jika keadaan ini berlaku, anda perlu segera menukar coli wanita tersebut.

2. Coli Wanita Berubah Warna

Disebabkan sudah terlalu lama digunakan, coli wanita bolehberubah warna menjadi kecoklatan atau kekuningan. Jika sudah berubah warna, mungkin coli wanita anda itu sudah kurang bersih penjagaannya.

3. Tali Coli Wanita Semakin Kendur

Jika tali coli wanita anda sudah tidak tegang atau sudah semkain kendur, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menukar coli wanita anda itu.

4. Terasa Gatal & Tidak Selesa Dipakai

Disebabkan pencucian yang terlalu kerap, coli wanita biasanya menjadi sangat gatal atau kasar ketika dipakai.Ia berpunca daripada proses pencucian hingga detergent yang digunakan. Apabila ada merasakan ianya sudah tidak selesa, ada baiknya anda tidak menggunakan coli wanita tersebut demi kebaikan kesihatan payudara anda.

5. Berat Badan Anda Tidak Menentu

Jika anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan, segera tukar coli wanita dengan ukuran yang lebih tepat.

<< Ketahui senaman untuk menegangkan payudara anda yang kendur di sini.

 

Previous post

Khasiat Kayu Cendana Cukup Efektif Untuk Memutihkan Kulit

Next post

Lebih Cantik, Lebih Sihat Dengan 7 Khasiat Teh Hitam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *