KewanitaanSihat

Tips Mencegah & Menunda Kehamilan Dengan Pil Perancang

Pil Perancang - Women Online Magazine

Hamil dan mempunyai anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, terutama bagi pasangan yang baru menikah. Tetapi kadangkala pasangan tersebut mengambil keputusan untuk menunda terlebih dahulu kehamilan disebabkan perkara-perkara tertentu.

Malah ada juga sesetengah pasangan yang telah mempunyai anak merancang untuk menunda terlebih dahulu kehamilan seterusnya. Antara langkah pencegahan kehamilan yang popular adalah dengan menggunakan pil perancang. Pil perancang adalah sejenis ubat yang mengandungi hormon wanita iaitu estrogen, progesterone atau kombinasi kedua-duanya untuk mencegah kehamilan.Pil perancang ini berfungsi untuk menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga akan menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat sekaligus menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Jenis-Jenis Pil Perancang Keluarga

Pil perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:

  1. Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.
  2. Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane
  3. Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil Perancang Sesuai Diambil Oleh:

  • Wanita yang ingin menjarakkan kehamilan .
  • Wanita yang sudah bersalin selepas empat minggu.

Tips Pengambilan Pil Perancang

Anda haruslah mengambil pil perancang tersebut bersama makanan atau dengan segera selepas makan bagi mengurangkan kerengsaan pada perut. Satu tablet diambil secara oral pada masa yang sama setiap hari.

  1. Pastikan anda baca dengan teliti sisipan kandungan pada bungkusan yang disertakan.
  2. Tentukan masa untuk pengambilan pil perancang seperti ambil pil tersebut pada masa yang sama setiap hari.
  3. Perhatikan jumlah pil perancang anda sama ada 21 atau 28 pil.
  4. Tentukan urutan pengambilan pil perancang. Kebanyakan pek ubat mencatatkan nombor urutan mengikut hari atau minggu. Pek 21 pil perancang mengandungi 21 pil aktif yang perlu diambil selama tiga minggu, dan diikuti dengan satu minggu tanpa pil perancang. Manakala,pek 28 pil perancang mengandungi 21 pil aktif yang perlu diambil selama tiga minggu, dan diikuti dengan satu minggu pil tidak aktif.
  5. Sekiranya anda terlupa atau tertinggal dos pil perancang yang diambil,sila rujuk kepada sisipan bungkusan untuk mengetahui arahan mengenai dos yang tertinggal.
  6. Kebanyakan wanita mengalami pendarahan ringan atau sakit perut sewaktu pengambilan awal antara 1 hingga 3 pek pil. Anda jangan risau kerana kebiasaannya keadaan ini akan hilang. Sekiranya sakit berlarutan, sila berjumpa dengan doktor.

Elakkan mengambil pil perancang sekiranya anda:

Terdapat berpuluh jenama pil perancang di Malaysia yang boleh anda pilih. Tapi seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan pil perancang tersebut.

Kredit foto: confederacyofspinsters.files.wordpress.com

<< Ketahui kebaikan bertungku buat ibu bersalin di sini.

Previous post

Mandian Herba Selepas Bersalin + Halia TYT

Next post

Diet Mudah Untuk Kuruskan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *