6 Cara Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat
Foto: Sekadar Hiasan
Turunkan Darah Tinggi. Adakah anda menghidap penyakit darah tinggi ? Cubalah 6 tip turunkan darah tinggi yang disediakan oleh WOM.my ini.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah situasi di mana cecair darah dalam tubuh seseorang itu telah menekan arteri dengan cukup kuat sehingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.
Tekanan darah yang tidak terkawal boleh meningkatkan masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.
Diet dan gaya hidup yang sihat dikatakan boleh membantu anda daripada terkena tekanan darah tinggi. Berikut ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat-ubatan.
Antara cara yang perlu anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi:
Bergerak atau melakukan aktiviti seperti bersenam boleh memperkuatkan jantung sehingga dapat mengepam lebih banyak darah dan mengurangi tekanan pada arteri. Perkara ini juga membantu mengurangkan berat badan yang dengan sendirinya membantu menurunkan tekanan darah.
Usahakan untuk bergerak selama 30 minit setiap hari, seperti berjoging atau berjalan kaki. Namun, jika tekanan darah sedang tigggi, sebaiknya mengangkat sebarang beban kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Baca Juga: Tips Gaya Hidup Sihat
2. Wajib Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Kandungan kalium, magnesium dan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menurunkan tekanan darah.
3. Pilih Susu Rendah Lemak & Soya
Susu rendah lemak dan protein daripada soya dikatakan memiliki efek penurunan tekanan darah ketika menggantikan keperluan karbohidrat dalam makan.
4. Pilih Gandum
Makanan yang berasal daripada gandum dikatakan boleh mengurangi tekanan darah dan membuat pesakit tidak perlu mengambil ubat. Jadi, cubalah beralih ke roti, bubur, bijirin, beras merah ataupun pasta gandum.
Baca Juga: Khasiat Beras Merah
5. Makanan Berwarna Ungu
Buah atau sayuran yang berwarna ungu seperti blackcurrant, raspberry, terung, blueberry sangat bermanfaat buat tubuh. Kandungan ‘anthocyanin’ yang terdapat di dalamnya membantu meregangkan pembuluh darah serta meningkatkan pengaliran darah.
6. Kurangkan Pengambilan Garam
Hubungan garam dengan tekanan darah sangat kuat, kerana garam menarik cecair sehingga meningkatkan volume dan tekanan darah di arteri. Sebahagian besar garam yang diambil bukan daripada apa yang ditambah ke dalam makanan, tetapi ia sememangnya sudah tersedia ada di dalamnya.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya
<< Jom kenali tips nak berhenti merokok di halaman berikutnya..
No Comment