KewanitaanSihat

Kenapa Wanita Perlu Pakai Bra? Ini Jawapannya…

tak pakai bra - women online magazine

Tak kisahlah sebesar manapun saiz payudara anda, namun anda tetap juga perlu memakai bra!

Ada sebahagian wanita berasa tidak selesa apabila memakai bra. Ada pelbagai macam alasan yang diberikan. Selain menyokong penampilan, pemakaian bra juga berfungsi untuk menjaga kesihatan si empunya payudara.

Beberapa Alasan Kesihatan, Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra:

1.Menjaga postur tubuh dan menghilangkan sakit di punggung

Perempuan dengan payudara besar kerap dilanda rasa sakit di bahagian punggung. Oleh itu, pemakaian bra dapat mengelakkan otot-otot punggung bekerja keras untuk menampung berat badan. Bra dapat membaiki postur tubuh agar kelihatan lebih menarik dan payudara anda terletak cantik di bahagiannya.

2.Melambatkan proses pengenduran payudara

Dengan pemakaian bra,anda dapat melambatkan proses pengenduran payudara kerana sememangnya bra dicipta untuk mendukung dan membentuk payudara agar terletak sempurna.

3.Menampung berat payudara

Anda dapat menampung berat payudara anda sekaligus anda berasa selesa untuk melakukan pekerjaan seharian dengan pemakaian bra.

4.Mengelakkan menjadi mangsa nafsu lelaki

Payudara wanita adalah ‘aset’ pertama yang menarik perhatian lelaki. Oleh itu,jangan sesekali lupa untuk memakai bra kerana ia dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa nafsu lelaki apatah lagi lelaki bermata keranjang.

 

Bahaya Memakai Bra Ketika Tidur

Wanita yang ingin menghindari kanser payudara dinasihatkan agar memakai bra dalam waktu yang singkat seperti kurang daripada 12 jam sehari.Antara waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur kerana ia sangat membahayakan kesihatan. Dalam tempoh tidur 6 hingga 8 jam tersebut,sila hindari diri anda daripada memakai bra kerana  ia boleh menyebabkan kanser payudara.

Ini terjadi kerana memakai bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin iaitu hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu yang lebih tinggi. Kedua-dua  hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, jangan amalkan memakai bra yang terlalu ketat kerana boleh ia membatasi aliran darah ke payudara.

Kredit foto: costaconnected

<< Kenali tanda-tanda awal anda diserang kanser usus di sini.

 

 

Previous post

Biar Mata Secantik Sayap Rama-Rama!

Next post

Betul Ke Bohong, Lelaki Berambut Panjang Lebih Penyabar Orangnya?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *