Kewanitaan

Cik, Berapa Umur Anda? Lagi Lambat, Lagi Sukar Dapat Anak!

Sukar Hamil - Women Online Magazine

Foto: oohsncoos

Wanita dikurniakan dengan satu kebolehan yang istimewa, iaitu kebolehan untuk hamil. Pada zaman ini, wanita dan lelaki adalah setara. Kesetaraan ini merangkumi bidang pendidikan, status sosial, pekerjaan dan juga politik.

Kesedaran mengenai kesetaraan gender semakin meluas dan disebabkan ini wanita mendapat pendidikan dan kesetaraan dari segi ekonomi  yang lebih baik dan adil. Hari ini kita dapat melihat lebih wanita wanita yang bekerja berbanding 50 tahun yang lepas.

Ini adalah satu kejayaan bagi kaum wanita. Bukankah kita patut meraikannya?

Ya, kita patut. Wanita kini kurang menjadi mangsa keganasan domestik dan sosial.

Walaubagaimanapun, kesetaraan gender ini , tanpa kita sedari, membawa perubahan kepada keluarga moden zaman ini.

Lebih ramai wanita, terutamanya wanita di kosmopolitan, melambatkan masa untuk mendapatkan zuriat / anak pertama mereka. Tetapi ini adalah sesuatu yang logikal untuk mereka. Kaum wanita kini lebih berpendidikan tinggi dan setara dari segi peluang pekerjaan. Pada usia mereka yang muda, sudah tentu mereka akan memberikan lebih perhatian terharap kemajuan karear mereka, sama seperti apa yang dilakukan oleh kaum lelaki. Ramai wanita yang sudah berpasangan atau sudah pun berkahwin,  tetapi memilih  untuk menangguhkan masa mendapatkan anak pertama mereka.

Fenomena ini berlaku di serata dunia di negara maju ataupun negara sedang membangun. Kita di Malaysia tidak ketinggalan!

Pernahkah anda mendengar  orang tua kita berkata, “Pada zaman kami, satu keluarga mempunyai empat atau lima orang anak, tetapi sekarang satu anak pun dah susah”.

Macam pernah dengar,kan?

Kita generasi moden ini tidak dapat mengetepikan apa yang disebut di atas. Nenek moyang kita mempunyai lebih ramai anak daripada lima buah keluarga moden digabungkan.

Terdapat beberapa sebab /alasan yang munasabah untuk melewatkan masa untuk mendapatkan anak yang pertama. Pasangan suami isteri mungkin akan lebih stabil dari segi ekonomi. Mereka dapat memberikan keperluan asas yang lebih baik kepada bakal anak mereka. Di samping itu, pasangan suami isteri akan lebih matang untuk mengharungi masalah rumahtangga mereka.

Jadi, anda mungkin akan bertanya sekarang,

“Jadi apakah masalahnya dengan melengahkan masa untuk mendapatkan anak pertama?”.

Tidakkah anda dapat melihat masalahnya ? Ini adalah masalah yang BESAR. Jawapannya ada di dalam soalan yang baru anda tanyakan.

“Jadi, apakah masalahnya dengan melengahkan masa mendapatkan anak pertama?”.

Untuk mendapatkan anak pada usia yang lebih lewat , ANDA PERLU HAMIL DAHULU PADA USIA YANG LEWAT NANTI!

Masalah untuk sukar hamil atau infertiliti sedang meningkat di komuniti kita.

Berdasarkan American Society of Reproductive Medicine (ASRM) dan World Health Organization (WHO) definisi infertiliti adalah ‘ketidakbolehan untuk hamil selepas satu tahun mengadakan hubungan intim tanpa kontrasepsi’.

Pasangan dengan infertiliti semakin meningkat.  Mengikut World Health Organization (WHO) , 34 juta wanita mengalami masalah infertility. Infertility adalah masalah global yang ke-5 tertinggi bagi wanita.

Tapi, ini hanya berlaku di negara-negara Barat, kita di sini masih ok. Kamu rasa begitu?

Sejak 15-20 tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam klinik atau hospital yang menawarkan rawatan infertiliti di Malaysia. Lebih banyak klinik yang sedemikian akan dibuka di masa hadapan. Seperti bidang perkhidmatan yang lain, kemunculan perkhidmatan ini juga tertakluk kepada ‘demand and supply’ . Jadi, dapatkah anda melihat keadaan sebenar sekarang?

Ini adalah bukan fiksyen atau cerita dongeng semata-mata untuk menakutkan kaum wanita kita. Mungkin kita patut  berbicara mengenai fakta dan bukan cerita dongeng….

Biologi Infertiliti

Seseorang wanita dilahirkan dengan sel telur (oosit) di dalam ovarinya dimana jumlahnya tidak akan menigkat lagi selepas dilahirkan. Sel telur atau oosit adalah ‘sel seks‘ wanita itu yang dihasilkan di dalam ovari, apabila bertemu dengan ‘sel seks’ lelaki (sperma) akan menghasilkan janin. Janin adalah peringkat kehidupan yang paling awal bagi manusia.

Semasa kelahiran, seseorang wanita mempunyai 1 juta sel telur di dalamnya. Semasa wanita itu mencapai akil baligh, sel telurnya sudah kurang sehingga 300 000 sel, dan hanya lebih kurang 300 sel telur sahaja yang akan diovulasikan sepanjang hayat wanita itu sehingga menopause. Kebanyakan sel telur tidak diovulasikan dan akan mati.

Seseorang wanita paling subur semasa umurnya dalam 20-an. Kesuburan / fertiliti wanita itu akan menurun semasa umurnya 30-an, terutamanya selepas umur 35 tahun. Setiap bulan seseorang wanita 30-an cuba untuk hamil, peluangnya adalah satu dalam lima orang (20%). Semasa wanita itu berumur 40 tahun, peluang ini menurun ke lima  dalam 100 orang (5%) sahaja.

Seseorang lelaki masih subur walaupun sudah tua. Bagi seseorang wanita, kesuburanya terhenti semasa umurnya dalam pertengahan 40-an.  Ini adalah benar bagi kehamilan secara natural ataupun kehamilan dengan rawatan moden seperti ‘bayi tabung uji’ / IVF. Ini berlaku kerana jumlah dan kualiti sel telur wanita menurun dengan usia. Penurunan kualiti sel telur wanita juga menyebabkan kadar keguguran kehamilan semakin tinggi.

Oleh yang demikian, umur seseorang wanita adalah indikasi yang penting mengenai kualiti sel telur wanita itu. Selain itu, penurunan kualiti sel telur juga meningkatkan kadar kehamilan dengan bayi yang tidak normal (cacat). Semakin berumur wanita itu, sel telurnya mungkin mengandungi kromosome  yang terlebih atau pun kurang dari sepatutnya.

(Kromosome adalah unsur asa yang diperlukan untuk membina manusia. Setiap manusia mempunyai 23 pasangan kromosome, jika terlebih ataupun kurang akan menghasilkan manusia yang cacat)

Bolehkan anda melihat masalahnya dengan lebih jelas?

Ada satu lagi cerita dongeng yang perlu diperjelaskan disini.

‘Bayi Tabung Uji / IVF tidak dapat menterbalikkan efek usia keatas kualiti sel telur wanita. Walaupun dengan kaedah moden seperti IVF, kadar kehamilan menurun dengan mendadak apabila wanita itu semakin berumur. Wanita yang umurnya kurang dari 35 tahun mempunyai kadar kehamilan 30-45% tetapi kadar ini menurun kurang dari 5% daripada wanita berumur lebih dari 40 tahun.

Jadi, apabila seseorang bertanyakan anda , “Cik, Berapa umur kamu?’ , mungkin anda jangan marah padanya. Sebaliknya ini mungkin panggilan untuk anda berfikir sejenak mengenai kesinambungan zuriat anda.

Selamat tahun Baru Cina kepada semua!

Artikel ditulis oleh:

Dr.S.Selva FRCOG & Dr.A.Agilan MRCOG

<< Ingin menikmati seks hebat? Pastikan anda benar-benar tahu titik ghairah lelaki, baca di sini.

Previous post

HABIB KLCC Tampil Mewah Di Tahun 2015

Next post

Aziz Harun Popular Di Malaysia Kerana Lagu “Senyum”

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *