Oh! LelakiRomantika

5 Tip Elak Jadi Mangsa Perempuan Mata Duitan

Mata Duitan - Women Online Magazine

Kredit Foto: womenpla.net

Mata Duitan. Adakah sekarang anda merasakan kekasih anda terlalu mata duitan atau materialistik?

Istilah mata duitan ini sangat sinonim dengan perempuan sehinggakan kadangkala kaum lelaki tertanya-tanya “Adakah perempuan ini ikhlas hendakkan aku atau sekadar nakkan duit aku sahaja?”

Lebih malang lagi sekiranya kekasih anda itu beralih arah kepada lelaki lain setelah anda tidak mampu lagi untuk memenuhi kehendaknya. Kepada lelaki di luar sana,jom kenali serba sedikit ciri-ciri perempuan mata duitan supaya anda tidak lagi tertipu dengan cinta palsu mereka.

Ciri-Ciri Perempuan Mata Duitan

  1. Pada awal perkenalan anda dengannya,si dia banyak memainkan peranan dengan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.
  2. Seksi dari segi penampilan dan menggoda. Perempuan mata duitan ini selalunya akan menggunakan senjata “keseksian” mereka untuk menjerat lelaki. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh menjerat lelaki.
  3. Perempuan mata duitan ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata.
  4. Pada mulanya si dia tidak akan minta apa-apa tetapi lama kelamaan kering poket lelaki untuk menunaikan setiap permintaannya. Kalau anda tidak belikan,mulalah merajuk.
  5. Mulalah minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. Kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit seperti pada awalnya mungkin dia akan meminta untuk membelikan kredit tambah nilai(topup). Kemudian,lama kelamaan mungkin dia akan meminta si lelaki menghadiahkan telefon bimbit pula.
  6. Tidak ada perasaan cemburu dan tidak kisah walaupun dia tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta.
  7. Perempuan mata duitan ini sering mengajak anda ke tempat membeli-belah.
  8. Apabila lelaki itu tidak mampu memenuhi kehendaknya lagi,maka dengan mudah dia akan mencari alasan untuk berpisah walaupun kesalahan yang kecil. Akhirnya lelaki tersebut akan ditinggalkan oleh perempuan mata duitan disebabkan dia telah mendapat ‘jerung’ yang lebih besar dari anda.

 

Baca Juga: Punca Wanita Curang

 

Tips Elak Menjadi Mangsa Perempuan Mata Duitan

Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Anda dinasihatkan supaya jangan mudah tersentuh hati atau tewas dalam pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Tegaskan pendirian anda dan keraskan hati.

  • Jangan Bermurah Hati

Berikan beberapa syarat kepada kekasih anda ketika keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada dia dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yang mengajak anda keluar biarkan perempuan mata duitan itu yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.

Jika kekasih anda ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu si dia dan berani TIDAK. Pastinya dia segan dan berasa malu untuk meminta-minta wang dari anda.

  • Pura-Pura Tiada Duit

Lelaki juga harus bijak dalam berpura-pura. Cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.

  • Putuskan Hubungan

Tindakan ini yang patut anda lakukan pada awal sekiranya anda tidak mahu duit anda habis ke perempuan mata duitan ini. Putuskan saja hubungan dengan dia. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda di luar sana.

 

Kesimpulan

Kepada lelaki di luar sana,pastikan anda tidak mudah tertipu dan hanyut dengan pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Kepada wanita pula,janganlah menjadi seorang perempuan yang materialistik. Kalau anda merasakan diri sendiri tidak mampu, jangan pula mencari ‘mangsa’ untuk memenuhi segala keinginan anda yang tinggi itu. Berusaha dan berbelanja mengikut kemampuan anda.

 

Jangan lupa SHARE ya

<< Ketahui lebih lanjut tentang perangai miang lelaki setelah melewati usia 40 an di sini.

 

Previous post

10 Khasiat Buah Durian Belanda

Next post

5 Kesan Buruk Stress Yang Boleh Jejaskan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *