Oh! LelakiRomantika

7 Rahsia Hati Lelaki Yang Patut Wanita Tahu!

RAHSIA HATI - women online magazine

Kredit Foto: attractgetwomen

Rahsia Hati. Bak kata orang dulu-dulu, rahsia hati siapa yang tahu.Lebih-lebih lagi orang lelaki,kan.Biasanya mereka mempunyai mulut dan hati yang berbeza serta susah untuk diduga!

WOM.my cuba untuk membongkar rahsia hati para lelaki terhadap wanita. Apa yang sering bermain di fikiran mereka? Mengapa lelaki berfikiran begitu dan sebagainya. Baca artikel ini sampai habis!

1. Rahsia Hati Lelaki Yang Gemar Berimaginasi

Seperti mana yang kita tahu, lelaki memang gemar untuk berimaginasi kerana mereka kerap menggunakan otak sebelah kanan. Apabila berimaginasi mereka akan cenderung untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tidak kira dalam apa jua perkara, lelaki mempunyai daya fokus yang tinggi berbanding wanita. Perkara yang sering menjadi bahan imaginasi mereka tentunya berkenaan dengan fizikal wanita. Sekali sahaja mereka memandang wanita, mungkin sejuta perkara yang mereka bayangkan. Jadi, berhati-hatilah dalam berpakaian, khuatir jika anda dijadikan bahan imaginasi mereka.

 

2. Rahsia Hati Lelaki Yang Gemar Mencari Aset Tubuh Yang Menarik

Setiap kali lelaki memandang wanita, kebanyakan mereka hanya mencari di mana aset tubuh yang anda miliki. Adakah pada bahagian muka, dada, pinggul ataupun rambut. Perkara-perkara sedemikian yang menjadi daya penarik bagi mereka.

 

3. Rahsia Hati Lelaki Yang Gemar Menilai Daripada Segi Luaran

Kaum lelaki cenderung untuk menilai wanita dari segi luaran dahulu. Hal ini sama sahaja bagi kaum wanita. Jika wanita itu gemar mengenakan make up yang tebal, pastinya anda akan menjadi bahan kutukan lelaki tetapi hanya di dalam hati mereka sahaja. Tidak salah jika anda bersolek, tetapi janganlah sampai kelihatan seperti topeng, cukup sekadar untuk membuatkan muka anda segar dan cantik.

 

Baca Juga: Cara Mekap Natural

 

4. Rahsia Hati Lelaki Yang Lemah Apabila Melihat Senyuman Wanita

Lelaki sememangnya kelihatan gagah perkasa tetapi bagaimana pula dengan dalaman mereka? Mereka mudah lemah atau ‘cair’ apabila melihat wanita yang mereka suka khususnya, melemparkan senyuman. Jadi, selepas ini anda boleh jadikan senyuman sebagai senjata untuk memujuk kekasih anda.

5. Rahsia Hati Lelaki Yang Gemar Memuji Di Dalam Hati

Untuk memuji seseorang itu pastinya agak sukar bagi kaum lelaki. Kaum lelaki terkenal dengan sifat ego yang dimiliki, oleh itu tidak hairanlah jika mereka sukar untuk mengeluarkan kata-kata dan lebih kepada perbuatan. Bagi kaum wanita, usahlah anda mendesak kaum lelaki untuk memuji tentang sesuatu perkara di hadapan anda.

 

6. Rahsia Hati Lelaki Yang Sentiasa Mengingati Cinta Hatinya

Sebagai wanita, anda tidak perlu untuk berasa tersinggung jika anda berasa bahawa kaum lelaki seakan-akan tidak mengingati diri anda tetapi sebenarnya mereka sering mengingati anda. Disebabkan ego yang tinggi mereka kurang mempamerkan kesungguhan mereka untuk sentiasa menginagati cinta hati mereka.

 

Baca Juga: Sikap Ego Lelaki

 

7. Rahsia Hati Lelaki Yang Gemar Melihat Wanita Lain

Tidak kira wanita itu cantik ataupun tidak, tetapi memang lumrah hidup lelaki bahawa mereka gemar untuk melihat kaum wanita. Tambahan pula jika wanita itu berpakaina seksi, pastinya wanita tersebut akan diperhatikan gerak gerinya. Sungguhpun begitu, jangan bimbang meskipun mereka bersikap begitu namun mereka tetap memilih anda yang terbaik. Melihat wanita lain tidak akan mengurangkan perasaan cintanya terhadap anda sekiranya dia benar-benar kekasih yang setia!

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kebenaran tentang lelaki berambut panjang yang dikatakan lebih penyabar di sini.

Previous post

6 Penyebab Anda Jadi Semakin Gemuk!

Next post

Macam Mana Nak Elak ‘Bocor’ Darah ‘Period’?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *