Aku & DiaRomantika

7 Penyebab “Pelamin Anganku Musnah”

Pelamin Anganku Musnah - Women Online Magazine

Kredit foto: starcentralmagazine.com

Pelamin Anganku Musnah.Aduhai, tabahlah wahai hati!

Mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang dicintai menjadi impian dan harapan setiap orang, tak kira lelaki mahupun wanita.Namun, perjalanan dalam membina mahligai impian tersebut bukanlah mudah bagi sesetengah orang. Ada yang sudah bertunang, melamar, menetapkan tarikh perkahwinan serta mengirimkan undangan, kemudian membatalkan perkahwinan menyebabkan pelamin anganku musnah!

Gagal berkahwin atau pelamin anganku musnah adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Sebagai insan biasa, perasaan bimbang itu wajar. Jadi sebab itulah, tidak ada salahnya jika anda mengetahui beberapa perkara yang mungkin akan membuatkan anda teragak-agak untuk mendirikan rumahtangga.

Dengan mengetahuinya, sekurang-kurang anda boleh menghindari dan berjaga-jaga agar perkara-perkara tersebut tidak menimpa anda bersama pasangan anda nanti.

 

Berikut ada 7 perkara yang boleh menggagalkan impian anda untuk berkahwin dengan orang yang anda cintai

 

1. Cinta Lalu Kembali Bersemi

Salah satu penyebab pelamin anganku musnah adalah apabila bekas kekasih datang kembali untuk memperbaiki perhubungan. Ramai yang mengalami masalah ini ketika sudah mendapat pengganti yang baru, tetiba sahaja bekas kekasih lama kembali menghubungi.Jangan cepat melatah, kerana ini adalah ujian ataupun dugaan untuk hubungan anda yang baru. Jika pasangan baru anda jauh lebih baik, usahlah tergoda dengan kenangan masa lalu bersama bekas kekasih yang telah meninggalkan anda.

 

Baca Juga: Sikap Lelaki

 

2. Hubungan Tidak Direstui Keluarga

Setiap ibubapa sentiasa mengharapkan anaknya mendapat calon isteri/suami yang terbaik. Oleh sebab itulah mereka telah menetapkan ciri-ciri dan kriteria tertentu untuk calon menantunya. Apabila kekasih andanya tidak memenuhi ciri-ciri atau kriteria seperti yang mereka harapkan, mereka kemudiannya tidak merestui serta menghalang perhubungan tersebut.

 

Baca Juga: Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

 

3. Kedudukan Kewangan Belum Stabil

Penyebab lain yang menyebabkan sepasang kekasih tidak jadi berkahwin adalah kerana calon lelaki tidak stabil atau belum mempunyai pekerjaan tetap. Mendirikan rumahtangga bukan hanya bersandarkan cinta semata-mata, baik sebelum mahupun setelah berkahwin, semuanya perlukan duit!

Apabila pihak wanita tidak boleh bersabar menunggu pihak lelaki stabil daripada segi kedudukan kewangan, sudah pasti pelamin anganku musnah!

 

4. Pecah Tembelang!

Sebahagian orang menghalalkan segala cara supaya boleh berkahwin dengan orang yang sesuai dengan impian hidupnya. Dengan yakin tanpa rasa bersalah, bahkan berani untuk merahsiakan perkara-perkara penting yang dia takutkan akan membuatkan pasangan tidak mahu mengahwininya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, sejauhmanapun seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu, cepat atau lambat segala penipuan tersebut akan terungkap jua. Apabila penipuan atau kebohongan itu terungkap sebelum berkahwin, boleh jadi pasangan dan keluarganya sangat kecewa dan tidak boleh memaafkan. Malahan tanpa ragu akan membatalkan niat untuk berkahwin.

 

Baca Juga: Alasan Lelaki Curang

 

5. Belum Yakin Untuk Menjadi Suami/Isteri

Ada di antara pasangan yang sedang mabuk dilanda asmara, tanpa berfikir panjang mereka akan terburu-buru untuk segera mendirikan rumahtangga. Namun, apabila mereka merenung kembali dan menyedari bahawa nanti mereka akan memiliki kehidupan yang berbeza daripada masa bujang dan masih rasa belum puas.

Mereka kemudiannya rasa belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan masih lagi mahu menikmati keseronokan masa bujang.

 

6. Visi Dan Misi Tidak Sama

Memahami dan mengenali pasangan itu secara menyeluruh memerlukan waktu yang cukup panjang ataupun lama. Adakalanya hubungan yang baru berlangsung beberapa minggu membuatkan seseorang itu berfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Tetapi, setelah mengetahui sesuatu yang ada pada diri calon suami/isteri, barulah anda sedar bahawa anda dan pasangan memiliki visi dan misi yang tidak sama. Akhirnya niat untuk mendirikan rumahtangga terpaksa dibatalkan!

 

Baca Juga: Bercinta Selepas Kahwin

 

7. Salah Satu Pihak Dijodohkan

Selain kembalinya bekas kekasih, pelamin anganku musnah juga boleh gagal apabila si dia dijodohkan oleh keluarga. Orang tuanya tetap berkeras dengan calon pilihannya dan pasangan anda tidak mampu untuk menolak keinginan ibubapanya kerana tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka. Ataupun, mungkin anda yang berada di tempat tersebut.

 

Kesimpulan

Selain disebabkan oleh takdir, namun jodoh juga perlu anda usahakan. Salah satunya adalah dengan menghindari pelbagai perkara yang boleh membuat pelamin anganku musnah. Anda perlu berlapang dada, fikiran, rendah hati dan bermusyawarah bagi mencari jalan terbaik agar sebuah perkahwinan yang penuh berkat menjadi milik anda dan pasangan.

 

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan

<< Ketahui tips menghadapi pasangan yang terlalu mementingkan kerja di sini.

Previous post

Menu Makanan Untuk Anak Jadi Lebih Cergas Dan Bijak

Next post

Bahaya Rebonding Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *