Resepi Ayam Bakar BBQ
Kredit foto: cincinnatisymphony
Ayam Bakar BBQ. Membuat Ayam Bakar BBQ tidaklah sesukar mana. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah.
Jadikan menu Ayam Bakar BBQ ini sebagai menu favourite keluarga anda. Apatah lagi, anda yang membuatnya sendiri. Sudah tentu anda mahukan citarasa yang sesuai dan sedap dengan selara anda seisi keluarga.
Untuk mendapatkan enakkan rasa Ayam Bakar BBQ ini anda perlu sesuaikan rempah ratusnya dengan kuantiti daging ayam tersebut. Barulah rempah BBQ tersebut dapat digaul sempurna dengan daging ayam. ‘Marinade’ bersama rempah BBQ selama sejam supaya rempahnya benar-benar meresap.
Berikut Resepi Ayam Bakar BBQ
Bahan-bahan yang diperlukan:
500gram paha atau kepak ayam (dicuci bersih)
200 gram gula pasir
100 ml air
Rempah BBQ
5 biji bawang putih, dikisar halus
6 sudu besar sos BBQ segera
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
Garam secukupnya
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah
Cara Membuatnya:
1. Campur gula dan air, panaskan seketika sehingga menjadi likat (gula hangus). Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Kemudian campur bawang putih, gula hangus dan ke semua bahan lain di dalam sebuah mangkuk dan gual hingga sebati.
4. Masukkan ayam ke dalam rempah BBQ, gaul rata sehingga ia meresap.
5. Perap, tidak kurang daripada setengah jam untuk mendapatkan hasil Ayam Bakar BBQ yang lebih enak.
6. Setelah cukup sebati, bakar ayam atau panggang ayam tersebut dengan alat pemanggang atau pembakar.
7.Bakar sehingga ayam tersebut masak. Balik-balikkannya supaya ayam tidak hangus.
8.Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan bersama hirisan mentimun, tomato, nasi panas dan juga sambal atau sos BBQ. Sedapnya!
Nota Kaki: SHARE resepi ini ya!
<< Ketahui Resepi Ayam Goreng Berempah di sini.
No Comment