Biskut Conflakes Madu
Biskut Conflakes Madu tetap menjadi pilihan ramai, terutama menjelang Hari Raya. Jom dapatkan resepi ini di sini..
Untuk itu Chef WOMdotMy berikan anda resepi Conflakes Madu yang sangat ranggup untuk anda cuba membuatnya sendiri di rumah.
Pastinya Conflakes Madu yang cukup istimewa ini menjadi biskut paling favourite di Hari Raya nanti. Rasanya yang manis dan tekstur yang ranggup pasti membuatkan anda mahu menikmatinya lagi dan lagi!
Semoga bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba resepi ini di bulan puasa.
Bahan-bahan yang diperlukan:
90 gm butter/margarine(ikut citarasa anda)
1/3 cawan gula kastor
2 sudu besar golden syrup atau madu (ikut citarasa anda)
1/3 cawan biskut biskut marrie (diramas halus)
4 cawan cornflakes (diramas kasar)
Mangkuk kertas kecil.
Sedikit gula manik – sebagai hiasan.
Cara Membuat Conflakes Madu:
- Cairkan butter atau margarine.
- Kemudian masukkan pula gula dan golden syrup atau madu. Pastikan api kecil dan biarkan ia mendidih buat seketika. Matikan api dan biarkan sejuk.
- Selepas itu, barulah masukkan conflakes dan biskut marrie, kacau hingga rata dan sebati.
- Ambil sesudu adunan conflakes tersebut, dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
- Sebagai penyeri, jangan lupa tabur gula-gula manik di atasnya.
- Setelah itu bakar selama 10 minit atau sehingga masak dengan suhu 160 darjah Celsius.
- Sejukkan, dan kemudian simpan dalam bekas yang kedap udara.
<< Jom dapatkan kek lapis cheese coklat
No Comment