Resepi Biskut Sarang Semut
Biskut Sarang Semut cukup popular sejak dahulu lagi, terutama pada musim perayaan,khususnya Hari Raya Aidilfitri.
Resepi Biskut Sarang Semut ini cukup mudah, dan boleh anda praktik membuatnya di rumah. Aroma yang keluar daripada kuih ini, hurmm… sungguh memikat, sehingga anda pasti tidak sabar untuk menikmati keenakan Biskut Sarang Semut ini.
Cara Membuat Biskut Sarang Semut:
Bahan-Bahan untuk Biskut Sarang Semut
250 gram mentega
100gram gula castor
359gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung kastad (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
½ sudu the serbuk penaik
Hiasan Biskut Sarang Semut
Sedikit coklat rice
Cawan kertas kecil
Cara Membuat Biskut Sarang Semut
– Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
– Masukkan kuning telur, esen vanilla,serbuk penaik dan baur hingga sebati.
– Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul serta uli sehingga sebati.
– Parut atau sagat adunan ke dalam ke dalam mangkuk besar.
– Kemudian, bolehlah sudu adunan yang sudah diparut atau sagat itu ke dalam cawan kertas.
– Tabur coklat rice dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius sampai masak (anggaran 15 minit.)
– Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kami ada cadangan untuk menu Biskut Raya 2014 anda. Sila klik mana-mana tajuk untuk dapatkan resepinya di sini..
- Resepi Biskut Kacang
- Resepi Biskut Coklat Hazelnut
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos
- Resepi Biskut Pretzel Rangup
- Resepi Marie Bebola Coklat
- Resepi Biskut Oat
No Comment