SajiSihatTips

5 Cara Paling Power Untuk Hilangkan Bau Peti Ais

Cara Hilangkan Bau Peti Ais-women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Peti Ais.Masalah peti ais berbau sering dialami oleh kebanyakan orang di rumah.

Lagipun peti ais wajib berada di rumah anda, pelbagai barang yang diletakkan di dalam peti ais untuk memastikan barangan itu elok dan sejuk beku.

Namun begitu, kebiasannya peti ais yang bermasalah seperti tidak sejuk berpotensi untuk mewujudkan bau yang sungguh teruk dan membuatkan anda rasa seperti nak muntah!

 

Jadi, WOM.my ingin membantu anda menangani masalah menghilangkan peti ais berbau.

Antaranya ialah :

1. Gunakan roti sebagai penyerap bau

Caranya: Keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.

 

2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau

Cara Pertama: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.

Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.

 

3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais

Cara Pertama: Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.

Cara Kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.

 

Baca Juga: Khasiat Sebenar Limau Purut

 

4. Menggunakan nanas sebagai penyerap bau

Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.

 

Dapatkan: Resepi Nasi Goreng Nanas

 

5. Soda Bikarbonat

Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Panduan Memilih Dan Membeli Alatan Memasak.

Previous post

Resepi Ikan Masak Kicap Citarasa Malaysia

Next post

Anda Sanggup Minum Air Kotor?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *