SajiSelera

Jus Buah-Buahan Terbaik Untuk Si Manja Anda

Jus Buah-Buahan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Hampir semua buah-buahan mempunyai khasiat yang tersendiri.

Walaupun jus buah-buahan mempunyai beberapa kebaikan jika disertakan di dalam diet, tetapi jika diberikan kepada bayi, ada beberapa perkara yang harus diperhatikan.

Terdapat kajian mengatakan bahawa anda tidak harus memberikan jus buah kepada bayi anda sebelum bayi berusia 6 bulan kerana semua nutrisi yang si manja perlukan untuk pertumbuhan yang sihat boleh diperoleh daripada susu ibu atau susu formula.

Jus buah untuk bayi boleh membuat dia merasa kenyang dan menyebabkan bayi kurang untuk minum susu sekaligus akan mengurangkan bayi dari mendapat nutrisi yang sepatutnya.

Memberikan Jus Untuk Bayi Yang Berumur Lebih 6 Bulan

Kebaikan:

Jumlah zat besi yang diserap oleh tubuh bayi boleh berganda jika jus buah itu yang mengandungi asid askorbat (Vitamin C) dinikmati bersama makanan.

Keburukan:

  • Jangan berikan anak anda jus sebelum makan padat kerana ia boleh menyebabkan bayi anda kurang makan dan kurang mendapat mineral, vitamin dan protein diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.
  • Pengambilan jus dalam jumlah yang besar telah diketahui menyebabkan kekurangan nutrisi (kerana penurunan pengambilan nutrisi penting yang lain) dan juga boleh menyebabkan tubuh kurang menyerap karbohidrat.
  • Terlalu banyak jus juga boleh menyebabkan kerosakan gigi, cirit birit, gas / angin dan ketidakselesaan perut.
  • Apabila anda telah memperkenalkan jus buah kepada si kecil anda, sukar untuk bayi anda beralih kepada air masak kerana telah merasai kesedapan jus buah yang manis.

Tips Menyediakan Jus Buah Untuk Anak:

  • Buat sendiri jus buah-buahan untuk bayi. Elakkan membeli jus yang dijual kerana kebanyakannya mempunyai kandungan gula dan pengawet. Jangan campurkan gula di dalam jus buah-buahan bayi anda.
  • Beri bayi minum jus dalam cawan, bukan botol susu. Botol susu hanya untuk susu atau air kosong. Ini akan mengurangkan masalah kerosakan gigi.
  • Cairkan jus dengan satu bahagian jus dicampur sepuluh bahagian air yang telah dimasak.
  • Jangan beri bayi minum jus sebelum makan. Ini akan menyebabkan bayi kurang makan seterusnya kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran. Kekurangan zat makanan seterusnya akan menyebabkan badan bayi tidak dapat menyerap karbohidrat dengan baik.
  • Jangan berikan lebih daripada empat hingga enam auns jus sehari (bersamaan dengan satu hidangan buah-buahan).
  • Jus yang diambil dalam kuantiti yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tetapi juga cirit-birit, angin dan perut bayi juga mungkin rasa tidak selesa.
  • Cara yang lebih baik untuk membuatkan bayi mendapat khasiat daripada buah adalah dengan memberinya buah itu tanpa dijadikan jus. Lagipun jus buah mengandungi amat kurang fiber berbanding dengan buah itu sendiri.
  • Alternatif yang lebih baik (dan lebih murah, dan lebih mudah) selain daripada jus adalah memberi bayi anda air kosong. Jika bayi telah menyukai rasa jus, agak sukar untuk dia minum air kosong kerana rasa jus yang manis amat disukai bayi.

Resepi Jus Buah untuk Si Manja Anda:

Bahan – bahan:

Jus Buah-Buahan (campuran A) - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Campuran Buah-buahan A

2 biji kiwi

2 biji mangga masak

15 biji strawberi

3 cawan air

Jus Buah-Buahan (campuran B) - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Campuran Buah-buahan B

3 biji oren manis bersaiz sederhana

3 potong tembikai atau betik

2 cawan air

Jus Buah-Buahan (campuran C) - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Campuran Buah-buahan C

2 biji epal hijau bersaiz sederhana

1 biji lobak merah bersaiz sederhana

3 cawan air

Cara-cara Membuatnya:

1.Pilih salah satu kombinasi campuran buah-buahan A, B atau C.

2.Bersihkan buah-buahan di bawah air mengalir, buangkan kulit, dan dipotong dadu bersaiz kecil.

3.Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga campuran buah-buahan menjadi lembut dan sebati.

4.Hidangkan kepada anak anda.

Cadangan:

• Seeloknya jangan tapis jus buah tersebut dan minumlah jus bersama pulpa buah-buahan bersama bagi menambah serat.

• Jika terlalu masam untuk anak anda, gantikan sebahagian air atau campurkan dengan satu sudu teh madu.

• Anda perlu kreatif untuk menghidangkan buah-buahan kegemaran anak anda.

Kredit foto: businessloungesolusipelangsingbadanrandomstoryweliketwocook

<< Memberikan makanan berzat yang sesuai dengan usia bayi adalah perkara yang perlu ibu bapa berikan perhatian. Dapatkan resepi bubur nasi bayi..

Previous post

Jangan Ditunda Lagi!Jom,Nikmati Hidup Yang Lebih Sihat, Bersih & Penuh Makna

Next post

Wajah “Hilang Seri” Di Majlis Akad Nikah? Oh, Tidak!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *