Resepi Istimewa Kari Kepala Ikan Penang
Kredit Foto: @N02
Siapa yang ‘turun’ ke Pulau Pinang, pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati Kari Kepala Ikan Penang.
Sajian Kari Kepala Ikan Penang ini cukup enak jika dihidangkan panas-panas, terutama apabila menggunakan periuk tanah liat tradisional.
Pendek kata, jika datang ke Pulau Pinang memang rugi besar jika tidak singgah makan Nasi Kandar. Kalau dah ada Nasi Kandar, tentulah ada Kari Kepala Ikan sebagai menu tambahan yang cukup istimewa. Bagi anda yang sedang berdiet, habislah! Godaan Kari Kepala Ikan Penang ini tak boleh ‘blah’!
Berikut Chef WOM.my kongsikan resepi Kari Kepala Ikan Penang. Tapi sebelum tu, ada tips sedikit. Bagi mendapatkan kari kepala ikan yang sedap dan lazat rasanya, anda perlu pastikan kepala ikan tersebut benar-benar segar. Jenis ikan yang mahu dibuat kari, terpulanglah pada anda. Anda boleh pilih sama ada ikan merah, tenggiri ataupun jenahak. Ok, selamat mencuba.
Dapatkan Juga: Resepi Ikan Kembung Asam Pedas
Bahan-bahan yang diperlukan:
Satu ketul kepala ikan merah/tenggiri/jenahak di belah dua(terpulang kepada citarasa anda)
6 sudu besar campuran rempah kari pelbagai jenama (anda boleh guna serbuk kari Alagappas,Baba’s atau apa sahaja jenama yang anda suka)
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar serbuk cili
2 kuntum bunga lawang
Sekeping kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Bahan-bahan untuk dikisar:
Sebiji bawang besar
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Bahan-bahan untuk dipotong/dimayang:
Sebiji bawang besar dimayang halus
2 biji bawang putih
3 tangkai daun kari
2 sudu besar air asam jawa
sedikit halba
garam,gula,kicap manis dan serbuk perasa secukupnya
Dapatkan Juga: Resepi Ikan Patin Tempoyak
Bahan rencahan lain:
Sebiji terung ataupun 7 bendi.
3 biji lada besar hijau
2 biji tomato dibelah empat
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
2. Setelah itu, tumis bahan-bahan yang sudah dimayang sehingga naik bau, dan masukkan halba.
3. Kacau, setelah agak layu masukkan cili kering yang sudah dikisar.
4.Kemudian masukkan pula ke bahan-bahan kisar dan seterusnya campuran serbuk kari.
5. Kacau dan masukkan pula daun kari. Sebaiknya jangan dileraikan daun tersebut daripada tangkainya.
6.Masukkan air jika ia terlalu kering dan biarkan segala bahan itu berbaur sebati.
7. Kemudian setelah agak surut sedikit airnya masukkan pua air asam jawa, masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan sedikit gula secukupnya.
8. Masukkan air, setelah mendidih masukkan ikan.
9. Apabila ikan setengah masak, masukkan pula rencahan terung/bendi dan sebagainya.
10. Biar ia sebati, kepekatan kuah mengikut kehendak anda sendiri dan pastikan kepala ikan tersebut tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkan daripada hancur.
11. Angkat dan hidangkan, tapi pastikan rasanya cukup lengkap. Apa yang kurang boleh ditambahkan.
Nota Kaki: Jangan Lupa SHARE resepi ini.
1 Comment
Meminati ilmu baru ttg kehidupan dari pelbagai petspektif.