ResepiSajiSelera

Resepi Murtabak Maggi Lazat

murtabak maggi - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Murtabak Maggi. Bukan sahaja senang untuk membuatnya, sedap pun sedap!

Lebih mudah, lebih cepat daripada membuat murtabak daging ataupun ayam. Resepi Murtabak Maggi yang Chef WOM.my sajikan buat anda ini, paling ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan juga senang didapati, bahkan mungkin sudah terdapat di rumah anda sendiri.

 

Berikut Resepi Murtabak Maggi

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sebungkus mee segera

1 tin sardin – dihancur-hancurkan isinya

2 biji telur

1 biji bawang merah –dihiris dadu

1 cili besar (merah) – dicincang halus

4 sudu besar tepung gandum

Garam secukupnya

Daun seledri dan daun bawang secukupnya

Minyak untuk menggoreng

 

Dapatkan Juga: Resepi Pai Ayam

 

Cara Membuatnya:

1. Celur mee segera dan toskan.

2. Pukul telur, setelah sedikit kembang masukkan bawang, lada besar, daun bawang, daun seledri, garam dan tepung gandum.

3. Gaul merata dan kemudiannya masukkan perencah  mee segera (ambil satu sahaja) dan juga sardin yang telah dihancurkan sedikit isinya.

4. Kemudian, masukkan mee segera yang sudah dittos ke dalam campuran telur tersebut. Gaul sebati.

5. Panaskan minyak, kemudian masukkan campuran mee segera, telur dan sardin itu.

6. Goreng sehingga berubah warna kecoklatan atau masak. Kemudian toskan.

7. Lebih sedap jika dimakan panas-panas serta dicicah dengan sos sili ataupun sos tomato.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Dapatkan resepi ketam telur masin yang sungguh enak ini. Klik di sini untuk mendapatkan resepi tersebut ya.

Previous post

5 Manfaat Melakukan Hubungan Seks Ketika Mengandung

Next post

9 Cara Kurangkan Risiko Buah Pinggang Rosak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *