ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Coklat Chip

resepi biskut coklat chip - women online magazine

Jom bereksperimen dengan Resepi Biskut Coklat Chip yang sedap ini.

Aroma coklatnya yang menusuk sudah cukup untuk menggambarkan betapa enaknya Biskut Coklat Chip ini. Cara membuat Biskut Coklat Chip ini cukup ringkas dan mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dicari dan anda boleh cuba membuatnya bersama keluarga ataupun teman-teman tersayang.

Berikut Resepi Biskut Coklat Chip:

Bahan-bahan yang diperlukan:

175gm margarine

150gm tepung gandum

30gm tepung jagung

20gm serbuk coklat

20gm susu tepung

1 sudu teh baking powder

150gm coklat chip

50gm coklat masakan, dicairkan

125 gula kastor

1 biji telur

1 kuning telur

 

Cara Membuat Biskut Coklat Chip:

1.Pukul margarine dan gula kastor selama dua minit.

2.Kemudian masukkan coklat masakan yang sudah dicairkan tadi.

3.Pukul rata, kemudian tambahkan telur. Pukul lagi.

4.Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk coklat dan baking power sambil diayak dan digaul rata.

5. Setelah itu, tambahkan coklat chip. Gaul rata.

6.Ok, hampir siap dan sudukan atau bentukkan ke atas bekas pendulang.

7.Kemudian, bakar selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 150 darjah Celsius.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Anda yang ingin mencuba Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah. Dapatkan resepinya di sini.

Previous post

Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah

Next post

Resepi Kek Lapis Cheese Coklat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *