ResepiSajiSelera

Resepi Daging Black Pepper Pedas-Pedas Manis

resepi daging black pepper - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Resepi Daging Black Peper. Jom cuba resepi Resepi Daging Black Pepper hari ini untuk hidangan sesi keluarga pada hari ini.

Tahukah anda, khasiat memakan daging boleh mencantikkan kulit kerana kandungan Vitamin C semulajadi? Tentunya resepi Daging Masak Black Pepper ini menjadi kesukaan ramai. Rasanya lebih enak jika anda menggunakan bahagian ‘batang pinang’. Dagingnya sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang pasti membangkitkan lagi selera.

 

Bahan-Bahan untuk memasak daging black pepper :

500g daging (bahagian batang pinang)

4 ulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)

2 sudu besar sos tiram

Kicap manis

2 tangkai cili merah (potong kasar)

Bawang besar Holland (dihiris nipis)

2 sudu kecil tepung jagung

2 sudu besar minyak

Hiasan daun bawang (dihiris nipis)

 

Dapatkan Juga: Resepi Daging Pekasam Power

Cara untuk memasak daging black pepper:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.

2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.

3. Kemudian masukkan kicap, kacau sebentar dan masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.

4. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

 

Tip Melembutkan Daging

Untuk membuatkan daging empuk, apakata anda guna teh. Buat dua cawan teh pekat dan sejukkannya.Kemudian rendam daging dalam air teh tersebut selama beberapa minit. Kandungan ‘tanin’ dalam teh berfungsi sebagai pengempuk semulajadi.

 

Jangan lupa SHARE resepi ini.

<< Jom cuba resepi ikan masak kicap hari ini juga..

Previous post

6 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rambut Bercabang

Next post

Ketahui Petanda Awal Demam Campak Bayi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *