ResepiSajiSelera

Boleh Kurus, Tapi Pastikan Resepi Diet Anda Tepat

RESEPI DIET - women online magazine

Kredit foto: mediterraneandietrecipebook

Resepi Diet. Anda  yang sedang berdiet, jom cuba resepi yang bersesuaian dengan diet anda ini.

Gaya hidup sihat adalah satu cara untuk menjamin kesihatan kita. Diet adalah salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan kita ke tahap optimum.

Diet yang dimaksudkan adalah cara untuk mengekalkan atau mengubah berat badan ke paras normal atau sesuai dengan BMI kita. Cara diet yang betul adalah dengan bersenam dan cara mengawal pemakanan kita.

Diet tidak akan berjaya jika senaman anda lakukan dengan bersungguh-sungguh namun tidak menjaga cara pemakanan anda. Pemakanan juga adalah perkara penting bagi memastikan diet anda mencapai sasaran yang anda tetapkan.

Buntu dengan resepi diet yang sesuai dengan anda? Resepi diet yang ada lakukan menjemukan atau membosankan? Resepi diet anda tidak mempunyai variasi yang pelbagai? Anda sudah berdiet namun tidak menampakkan hasil?

Di sini kami berikan antara menu diet yang sesuai untuk anda lakukan dalam seharian hidup anda. Antaranya ialah:

1. Sarapan

Apabila anda bangun dari tidur, anda disarankan untuk minum segelas air masak. Ia bagi memastikan kelancaran kepada sistem penghadaman anda.

Bagi yang tidak pernah mencubanya, apa kata anda ambil bijirin yang sesuai dengan sarapan dan diet. Kini ada bijirin yang dikhususkan untuk diet di pasaran. Disarankan anda bersarapan dengan mengambil susu yang rendah lemak, bijirin yang sesuai dengan diet dan campurkan sedikit buah-buahan supaya ia menjadi lebih beraneka rasa.

Anda juga cuba boleh mencuba menu sarapan lain dengan memakan oat. Kandungan yang terdapat di dalam oat dipercayai dapat melancarkan sistem perceranaan pada badan anda, sekaligus dapat mengatasi masalah sembelit dan mengecilkan ukuran pada pinggang anda.

Cara untuk menyediakan oat juga mudah, hanya dengan beberapa sudu susu sejat dan oat sahaja.

Baca Juga: Diet Oatmeal 

2. Makan Tengah Hari

Tengah hari seperti diketahui adalah waktu puncak di mana matahari akan memancar tegak di atas kepala dan segala tenaga perlu dikerah untuk melakukan kerja atau sebarang aktiviti. Jadi makan pada waktu tengah hari adalah amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita.

Jadi makanan yang sesuai untuk makan pada waktu tengah hari, salah satunya ialah nasi. Kandungan kanji pada nasi akan menyuntik tenaga kepada badan kita. Namun, kandungan nasi yang diambil hendaklah berpada-pada.

Kandungan nasi yang berlebihan akan membuatkan berat badan seseorang itu menaik. Kandungan kolestrol pada nasi adalah tinggi. Jadi, kandungan nasi pada pinggan kita hendaklah dikawal.

Makanan di Malaysia, terutamanya masakan Melayu terkenal dengan kandungan santan yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, santan mempunyai lemak tepu yang boleh mengakibatkan obesiti dan secara tidak langsung boleh mengundang kepada penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan strok. Kawal kandungan santan di dalam masakan dan makanan anda.

Secara amnya, makanan berminyak juga antara penyumbang besar kepada masalah kegemukan. Anda haruslah cuba mengurangkan makanan berminyak dengan anda lebihkan kepada cara alternatif lain seperti kukus dan panggang.

Perbanyakkan juga sayuran seperti brokoli, bayam dan sawi dan juga protein dan daging putih seperti ikan dan ayam bagi memastikan badan anda mendapat zat yang mencukupi.

Baca Juga: Khasiat Brokoli  Dan Kebaikan Jus Bayam

3. Makan Malam

Makan pada waktu malam juga memainkan peranan penting untuk memastikan diet anda berjaya. Jika anda berfikir tidak makan pada waktu malam akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda, nyata anda silap.

Tidak makan malam dan membiarkan diri anda kelaparan akan membuatkan kesihatan anda terjejas seperti imsomnia.

Jadi, anda perlu memastikan makanan yang diambil tidak terlalu berat. Makananlah sekadar yang perlu iaitu kandungan nasi yang tidak banyak. Mihun juga hidangan yang sesuai untuk anda pada waktu malam. Disarankan untuk lebihkan mengambil ikan kerana kandungan omega 3 yang ada pada ikan dapat membantu sistem penghadaman anda pada siang hari.

Makanlah lebih awal pada waktu malam kerana jika anda makan lewat pada waktu malam akan menyumbang kepada masalah obesiti.

Baca Juga: Bahaya Makan Malam

Suka atau tidak, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber penting untuk membantu dalam resepi diet anda. Ditegaskan juga, walaupun anda menjaga pemakanan anda, anda juga harus memastikan anda bersenam supaya langkah diet anda berkesan.

Jangan Lupa SHARE artikel ini.

<< Cubalah resepi nasi lemak istimewa buat yang tercinta.

 

Previous post

6 Cara Didik Anak Dalam Kandungan

Next post

7 Cara Mengatasi Muka Tak Berseri Di Bulan Puasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *