Resepi Kek Belang
Kek Belang atau Zebra Cake boleh dijadikan sebagai alternatif anda yang ingin membuat kek mudah.
Kek Belang memiliki rasa yang sangat sedap dengan cara pembuatan yang cukup mudah. Ia memiliki corak warna atau belang bewarna coklat. Manakala sebahagian lagi dihasilkan daripada adunan itu sendiri.
Perpaduan warna yang dihasilkan membuatkan Kek Belang ini cantik dan enak untuk dimakan. Selamat mencuba!
Berikut Resepi Kek Belang.
Bahan-bahan yang diperlukan:
100 gram mentega (dicairkan)
5 biji telur
1 gelas gula pasir
1 gelas tepung gandum
1 sudu teh ovalet
2 sudu makan serbuk coklat
Cara Membuatnya:
1. Kacau telur dan gula sehingga kembang (kelajuan mixer yang tinggi).
2. Masukkan ovalet, tepung gandum (gunakan kelajuan mixier yang sederhana).
3. Masukkan mentega yang sudah dicarikan itu sedikit demi sedikit. Kacau dengan menggunakan spatula. Pastikan kesemuanya tergaul rata.
4.Bahagikan adunan menjadi kepada dua bahagian. Salah satu adunan dicampur dengan serbuk coklat.
5.Tuang adunan di tengah-tengah loyang, putih dahulu, di atasnya coklat, kemudian kembali putih.
6. Lakukan secara berselang seli, tapi pastikan anda tidak menutup keseluruhan adunan di bawahnya. Lakukan sampai adunan habis.
7. Bakar dalam oven 180 darjah Celcius, selama 30 minit atau sehingga masak.
8. Ok, dah siap pun. Sedia untuk dinikmati sebagai menu minum petang.
Selain daripada kek belang, ada lagi resepi kek yang mudah untuk anda cuba. Antaranya adalah :
<< Jom dapatkan resepi masak lemak ikan masin di sini.
No Comment