ResepiSajiSelera

Resepi Kek Coklat Keju

RESEPI KEK COKLAT KEJU - WOMEN ONLINE MAGAZINE

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Whoa! Anda pasti tidak akan menolak sajian nikmat ini. Resepi Kek Coklat Keju ini memang sedap.

Mendengarkan namanya sahaja sudah membuatkan kita menelan air liur!  Ok, jom kita cuba buat Resepi Kek Coklat Keju.

Bahan Untuk Resepi Kek Coklat Keju

4 biji telur

90 gram gula pasir

75 gram tepung gandum protein rendah

15 gram serbuk coklat

¼ sudu teh baking powder

75 gram margarine

75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)

199 gram keju parut

Cara Membuat Kek Coklat 

  1. Campurkan margarine dan dark cooking chocolate, kemudian cairkan. Angkat, dan ketepikan.
  2. Pukul gula pasir dan telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan campuran margarine dan coklat tadi, baur sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula tepung gandung, serbuk coklat dan baking powder. Gaul hingga rata.
  4. Selepas itu, tuangkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Kemudian tabur setengah bahagian dengan keju parut.
  5. Tuang adunan keju (bahan B) di atas adunan coklat keju. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan. Kemudian sapu dengan ‘butter cream’ dan taburlah dengan keju parut.

Bahan Untuk Resepi Kek Coklat Keju

  • Kek Keju (Bahan B)

3 putih telur

4 kuning telur

75 gram gula pasir

65 gram tepung gandung protein rendah

20 gram susu serbuk

¼ sudu the baking powder

60 gram margarine

60 gram cheese spread

60 gram white cooking chocolate, cairkan dan pukul dengan margarine dan cheese spread.

Cara Membuat Kek Keju

  1. Pukul gula pasir dan telur hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan campuran cheese spread dan white cooking coklat cair, baur hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, baking powder, dan susu serbuk sedikit demi sedikit sambil dibuar rata.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian.  Masing-masing dituang ke atas loyang yang berisi adunan coklat (bahan A yang telah dikukus  selama 15 minit.)

<< Jom dapatkan resepi biskut kacang untuk raya ni di halaman berikutnya..

Previous post

7 Senaman Untuk Menambah Tinggi Badan

Next post

Kenali 6 Makanan Bantu Anda Berhenti Merokok

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *