Resepi Kek Coklat Kukus Super Sedap
Keenakan kek coklat kukus memang tiada tandingannya. Kek ini tetap enak untuk dinikmati pada bila-bila masa pun.
Anda harus mencuba Resepi Kek Coklat Kukus Super Sedap daripada chef WOMdotMy ini kerana ia sangat ‘moist’ dengan tekstur yang lembut. Bagi pencinta coklat, Kek Coklat Kukus Super Sedap ini wajar menjadi pilihan.
Ok, selamat mencuba.
Berikut Resepi Kek Coklat Kukus Super Sedap
Bahan-bahan yang diperlukan:
170gm mentega atau margarine
150gm gula icing
200ml susu cair atau susu kotak UHT
2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
110 gm tepung gandum
60gm serbuk coklat
1/4 sudu the baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping untuk lapisan atas permukaan kek:
150gm coklat masakan
30gm mentega
50 ml thinkened cream
sedikit coklat urai untuk hiasan
Cara Membuat Kek Coklat Kukus Super Sedap:
- Sebaiknya guna bekas atau loyang yang berlubang di tengahnya.
- Campurkan gula, mentega, susu dan esen vanilla dalam periuk kecil.
- Panaskan dengan api yang kecil sehingga gula dan mentega cair. (tidak perlu sampai mendidih)
- Sejukkan seketika. Ketepikan.
- Ayak bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk coklat, baking powder di dalam mangkuk. Ketepikan.
- Pastikan gula, mentega, susu dan esen vanilla yang sudah cair itu betul-betul sejuk sebelum anda memasukkan telur yang sudah dipukul sedikit itu tadi.
- Masukkan telur itu sedikit demi sedikit sampai dikacau perlahan-lahan.
- Pastikan kesemua bahan itu berbaur sebati.
- Tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang telah dipanaskan terlebih dahulu
- Sebaiknya tutup permukaannya dengan kain bersih yang boleh menerap air, kemudian barulah ditutup dengan penutup kukus tersebut.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Dan jangan sesekali membuka penutup kukus ketika kek sedang dikukus.
- Setelah masak, angkat dan biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada loyang.
- Untuk membuat toppingnya – Masukkan coklat masakan dan mentega. Panaskan sehingga cair. Setelah itu, barulah masukkan thinkened cream. Gaul hingga sebati.
- Kemudian siramkan bahan topping itu ke atas kek tadi. Pastikan semuanya merata.
- .Taburi dengan coklat urai di keseluruhan permukaan topping.
- Biarkan kek dan topping itu menggeras atau masukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Ok, dah siap pun dah bolehlah dihidangkan. Tapi, pastikan anda memotong kek tersebut dengan menggunakan pisau yang tajam.
Kredit foto: catlinaflybaby
<< Ingin cuba membuat Biskut Conflakes Madu? Dapatkan resepinya di sini.
No Comment