Resepi Kek Lapis Cheese Coklat
Aroma kek lapis cheese coklat ini cukup mantap. Perut yang lapar, seolah-olah hilang buat seketika!
Rasanya cukup enak, tak kira dimakan di bahagian coklat ataupun cheesenya sahaja.Begitu juga dengan teksturnya, sama ada lapisan coklat ataupun kejunya pun sangat lembut.
Okay, selamat mencuba Resepi Kek Lapis Cheese Coklat ini.
Berikut Resepi Kek Lapis Cheese Coklat dari dapur WOMdotMy :
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
2 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam halus
½ cawan air suam
½ cawan susu cair
½ cawan minyak jagung
3 sudu teh serbuk coklat
Bahan Untuk Lapisan Cheese:
250 gm krim cheese
60 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
Cara Membuat Kek Lapis Cheese Coklat:
- Untuk membuat lapisan coklat : Pukul telur dan gula sehingga kembang . Kemudian masukkan esen vanilla dan garam. Gaul rata dan sebati.
- Tambahkan susu cair, minyak jagung, air suam.
- Pukul lagi sehingga kembang dengan menggunakan ‘mixer’.
- Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk coklat, baking power (pastikan ketiga-tiga bahan ini sudah diayak terlebih dahulu).
- Kacau hingga sebati secara perlahan-lahan.
- Setelah itu, asingkan sama banyak adunan tersebut kepada dua bahagian. Ketepikan.
- Lapisan keju: Pukul krim cheese dan gula hingga sebati dan lembut. Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
- Kemudian tambahkan air, kacau adunan tersebut hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Setelah siap semuanya, tuangkan satu bahagian dengan lapisan coklat.
- Kemudian ratakan dan tutup permukaan adunan dengan alumunium foil.
- Kukus selama lebih kurang dalam 20 minit dengan api yang sederhana. Kemudian tuang adunan krim cheese, ratakan dan tutup lagi permukaan adunan dengan alumunium foil.
- Kukus lagi selama 20 minit. Kemudian tuang sisa adunan lapisan coklat, ratakan.
- Kukus lagi, kali ini selama 45 minit atau sehingga masak.
- Jika ditusuk sudah tidak melekat, itu bermakna kek tersebut sudah dimasak.
- Biarkan sejuk sebelum Kek Lapis Cheese Coklat dipotong untuk dihidangkan.
Foto: Sekadar gambar hiasan
<< Jom bereksperimen dengan Resepi Biskut Coklat Chip yang sedap ini. Klik di sini.
1 Comment
As requested, can you give this recipe in grams measurement.
I like this recipe very much.
Regards,
Lilian