ResepiSajiSelera

Resepi Kek Pelangi Kukus Senang & Sedap

RESEPI KEK PELANGI - WOMEN ONLINE MAGAZINE

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Cuti-cuti sekolah ini apakah menu resepi anda? Jom cuba Resepi Kek Pelangi dari kami di sini..

Kek Pelangi Kukus atau Rainbow Cake ini kaya dengan variasi warna di setiap barisnya. Kek Pelangi Kukus yang mudah untuk disediakan serta sedap rasanya ini cukup enak apabila dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas.

Hujung minggu ini, apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Lagipun bahan yang diperlukan cukup mudah. Selain, lebih jimat, anda juga dapat menambah satu lagi pengalaman menarik di dapur!

Selamat Mencuba

Bahan-Bahan Resepi Kek Pelangi 

4 biji telur ayam

150gram gula pasir

150gram tepung gandum (diayak)

150ml santan pekat

1 sudu teh kek ‘emulsifer’ (ovalet)

1 sudu teh pewarna pandan

1 sudu teh pewarna rose

1 sudu teh pewarna kuning

Cara Membuat Resepi Kek Pelangi 

  1. Pukul telur, gula dan kek ‘emulsifer’ sampai gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan santan sambil dikacau-kacau sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan menjadi tiga bahagian. Berikan pewarna pandan(hijau), rose(merah) dan kuning pada adunan tersebut.
  4. Anda juga boleh memilih pewarna lain mengikut selera sendiri dan juga boleh dibahagi menjadi beberapa lapisan warna. Tiga, empat ataupun lima. Terpulang.
  5. Tuang lapisan wrna hijau ke dalam loyang. Kukus selama 15 minit. Masukan warna kuning, kukus lagi selama 15 minit. Dan yang terakhir masukkan pula warna merah dan kukus lagi selama 15 minit.
  6. Jika sudah masak, angkat dan siap untuk dihidangkan.

<< Jom dapatkan pula resepi biskut coklat pula di sini..

Previous post

Usahanita Wilayah Persekutuan Anjurkan Jualan Hebat Barangan Terpakai

Next post

Resepi Biskut Kacang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *