Resepi Masak Lemak Ikan Masin
Teringin untuk membuat sajian daripada ikan masin? Cubalah Resepi Masak Lemak Ikan Masin ini.
Pastinya ikan masin yang diolah dengan pelbagai bahan masakan ini membuatkan nafsu makan anda bertambah!
Berikut Resepi Masak Lemak Ikan Masin
Bahan-bahan yang diperlukan:
Tulang dan isi ikan masin (kuantiti dan ikan mengikut citarasa anda – disarankan: ikan kurau, ikan talang dan ikan sepat) -rendamlah buat seketika
2 biji bawang merah – dihiris
2 biji bawang putih – dihiris
2cm kunyit hidup- dikisar halus (guna kunyit serbuk pun boleh)
10 biji cili padi – dikisar halus (boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
2 cawan santan
2 batang serai – diketuk-ketuk
Sehelai daun kunyit
Nanas (kuantitinya mengikut kemahuan anda) -dipotong dadu)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam periuk yang sudah diisi santan.
2.Kemudian masukkan,serai, serbuk perasa,cili padi dan kunyit yang sudah dikisar halus.Gaul rata.
3. Kemudian masukkan pula isi ikan dan tulang ikan masin.
4. Masak sampai mendidih, sambil mengacaunya untuk elakkan daripada ‘pecah minyak'.
5. Jika sudah hampir masak, jatuhkan nanas dan daun kunyit.
6. Rasa masinnya, jika semua sudah ok bolehlah tutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.
<< Jom cuba resepi roti sardin di sini..
No Comment