Resepi Mee Kari Ayam
Semangkuk Mee Kari Ayam ini boleh dijadikan hidangan untuk makan tengahari ataupun malam.
Keenakan serta kepekatan kuahnya cukup membuka selera. Untuk menikmatinya di rumah, anda boleh cuba membuat sendiri mengikut citarasa anda, samada mahu lebih pedas, masam ataupun sedikit manis. Terpulang, dan yang penting ia memenuhi selera anda dan keluarga tersayang.
Berikut Resepi Mee Kari Ayam
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 kampit mee kuning
75 gram taugeh (dicelur)
75 gram sawi (dicelur)
300 gram daging ayam (dipotong mengikut citarasa anda)
3 biji telur rebus (dibelah dua atau mengikut citarasa anda- hiasan)
2 biji lada besar -merah (dipotong serong – hiasan)
6 keping tauhu kering (dibelah dua)
7 biji bebola ikan (dibelah dua)
3 sudu besar (cili kering yang sudah dikisar halus)
4 sudu besar serbuk kari ayam
2 biji bawang putih (dicincang halus)
2 tangkai daun kari
2 cawan santan
1 sudu teh air asam jawa
Sedikit kicap manis, garam, stok ayam
Cara Membuatnya:
1. Celur mee kuning denga air panas sehingga minyaknya larut, dan toskan. Ketepikan.
2. Untuk kuah: Tumis bawang putih yang sudah dicincang halus sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan cili kering, serbuk kari dan daun kari. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sedikit air, jika ia mengering. Kemudian, masukkan daging ayam. Kacau lagi. Biarkan ia meresep bersama bahan-bahan tumisan tadi.
5. Masukkan santan, stok ayam, kicap manis,air asam jawa dan masukkan juga bebola ikan dan tauhu kering.
6. Biarkan mendidih dan jika semuanya sudah cukup rasa, bolehlah tutup api dan angkat.
7.Kemudian, letak mee, taugeh,sawi dan telur rebus di dalam sebuah mangkuk.
8.Tuanglah kuah kari ayam tadi.
9. Ok, dah siap dan sedia untuk disajikan ketika panas.
Foto: Sekadar gambar hiasan
<< Anda menggemari Spaghetti Bebola Daging? Semak resepi di link ini.
2 Comments
Tq Utk resepi mee kari..da lama cari ni..
tq ezza zanaria. Selamat mencuba