Resepi Oreo Cheesecake Kukus
Bagi anda yang suka menikmati kek keju pasti tahu betapa nikmatnya. Begitu juga dengan Oreo Cheesecake ini.
Oreo Cheesecake Kukus memiliki rasa keju yang nikmat dan lazat. Teksturnya yang lembut saat dimakan dan dibalut dengan keju yang lazat membuatkan ia semakin nikmat untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.
Resepi Oreo Cheesecake Kukus yang disediakan cukup mudah untuk anda membuatnya. Bukan setakat, tidak memerlukan waktu yang panjang untuk proses penyediaannya. Malahan, bahan-bahan yang diperlukan juga senang didapati.
Bahan-bahan yang diperlukan;
7 biji telur
130 gm gula castor
¼ sudu teh garam
3 sudu besar air mineral
½ sudu besar emulsifier
175 gm tepung gandum protein rendah
25gm susu tepung
½ baking powder
100ml santan pekat segera
50 gm margarine, cairkan.
100 gm oreo tanpa krim (dicincang kasar)
Bahan Untuk Lapisan
4 keping keju
Cara Membuatnya:
1. Pukul telur, gula castor, garam, emulsifier dan air sehingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan baking powder sambil diayak dan dikacau perlahan-lahan sehingga merata.
3. Kemudian tambahkan campuran santan, dan margarine cair.
4. Tambahkan oreo, kacau sehingga sebati.
5. Tuang setengah bahagian di dalam loyang.
6. Kukus di atas api sederhana, selama 25 minit. Letak kepingan keju tadi di atasnya, dan kukus kembali selama 5 minit.
7. Tuang sisa adunan, kukus kembali selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Siap! Sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit foto: lawyerloveslunch
No Comment