ResepiSajiSelera

Resepi Puding Trifle

Resepi Puding Trifle - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Puding Trifle. Menu ini patut dicuba bagi menikmati rasa puding yang lazat. Chef WOM.my sedia berkongsi Resepi Puding Trifle yang cukup lazat ini.

Seni persembahan Puding Trifle sangat menarik dan ada bermacam-macam stail.  Bahkan ada yang siap dengan aiskrim yang digandingkan dengan whipped cream dan sebagainya. Semua itu pasti menggoda selera makan!

Hujung minggu ini, apakata anda hidangkan Puding Trifle ini buat keluarga tercinta.

Berikut Resepi Puding Trifle

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sepeket agar-agar serbuk perisa Strawberry (dimasak mengikut petunjuknya )

1 tin susu cair

3 sudu tepung kastard

Sedikit 2 sudu besar gula pasir

Sebuku Swiss Roll perisa coklat (dipotong dadu)

Sedikit buah-buahan segar seperti strawberry,peach, pisang dan anggur (mengikut citarasa anda)

Sedikit whipped topping.

 

Dapatkan Juga: Resepi Puding Laici

 

Cara Membuatnya:

1. Di dalam periuk lain, satukan susu cair dan satu tin air, mengikut bekas sukatan susu cair tadi.

2. Tambah tepung kastard, kacau supaya tidak berketul-ketul dan campurkan gula tadi.

3. Panaskan di atas api sederhana, kacaulah sehingga bancuhan tadi menjadi pekat.

4. Dalam sebuah mangkuk sederhana besar, lapasi bahagian paling bawah mangkuk itu dengan Swiss Roll.

5. Kemudian curahlah sedikit bancuhan kastard.

6. Kemudian susunlah buah-buahan strawberry, anggur, peach atau apa sahaja buah-buahan kesukaan anda.

7. Ulangi lapisan tersebut sehingga bahan-bahan tersebut habis. Buat sepantas mungkin sementara kastart masih belum keras.

8. Apabila agar-agar segera itu sudah siap dimasak, apabila sudah tidak terlalu panas, curahkan ke atasnya sebagai penutup.

8. Tutup dan dinginkan dalam peti sejuk selama lima jam sebelum dihidangkan.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya.

<< Jom cuba Resepi Agar-Agar Roti paling enak. Baca di sini.

 

Previous post

11 Tips Cegah Kaki Bengkak Ketika Hamil

Next post

Kuasa Alat Sulit Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *