Resepi Sayur Lodeh Pekat Dan Pedas
Kredit Foto: resepmenu
Resepi Sayur Lodeh.Jika anda orang Johor sudah pasti biasa dengan masakan sayur lodeh ini betul tak ?
Lodeh biasanya dihidangkan pada Hari Raya dan makanan ini cukup popular di Johor. Ia dimakan bersama ketupat yang digandingkan bersama dengan sambal tumis, rendang dan kuah kacang. Rasanya, perghhh… memang enak.
Bagi anda yang rajin ke dapur, mungkin merasakan membuat sayur lodeh itu mudah saja. Tetapi,bagi mereka yang baru berjinak-jinak atau mahu menguji kepakaran memasak, tentu sahaja memerlukan panduan bagaimana mahu mengolah bahan-bahan tersebut.
Chef WOM.my sediakan Resepi Sayur Lodeh buat anda yang ingin cuba membuat sayur lodeh sendiri di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sayur lodeh ini adalah seperti berikut:
10 batang kacang panjang
sedikit sayur kobis
1/2 biji buah labu siam (potong empat segi/ atau sesuai selera)
1 lobak merah (dipotong mengikut selera sendiri.)
5 tongkol jagung muda(potong nipis)
Sebiji terung ungu
3 biji lada besar hijau dipotong nipis.
4 biji lada besar merah dipotong nipis.
2 helai daun salam
Santan (daripada 1/2 biji kelapa)
Tempe
400 ml air
1 sudu teh garam halus.
1 sudu teh gula perang
Penyedap rasa secukupnya.
Dapatkan Juga: Resepi Pulut Kuning
Rencah lain yang perlu dikisar & ditumis
4 biji bawang merah
2 ulas awang putih
Sebiji buah keras
2 cm lengkuas
1 sudu teh gula merah.
Dapatkan Juga: Resepi Serunding Ikan
Cara Membuat Sayur Lodeh:
1. Tumis rencah lain yang sudah dikisar dengan api sederhana hingga berbau harum. Ketepikan.
2. Rebus air dan masukkan semua bahan-bahan sayur. Kemudian masukkan rencah lain yang sudah dtitumis tadi.
3. Masukkan juga garam, gula merah, penyedap rasa dan santan.
4. Biarkan mendidih. Setelah masak, bersiap sedia untuk menghidangkannya berama ketupat, sambal tumis, rendang dan kuah kacang untuk menambahkan lagi keenakan sayur lodeh ini.
Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini ya
<< Jom cuba juga resepi pulut kuning di sini..
No Comment