Resepi Spaghetti Carbonara
Menu ini cukup mendapat tempat di tanahair. Bukan setakat enak dan lazat, tetapi cara memasaknya juga cukup mudah.
Resepi Spaghetti Carbonara yang disediakan oleh chef WOM.my ini tidak sia-sia untuk anda cuba. Rasanya memang sedap dan lazat sekali. Bagi anda yang masih ada menyimpan stok spaghetti, bolehlah mencuba resepi ini. Mesti ada yang akan tambah berkali-kali!
Berikut Resepi Spaghetti Carbonara
Bahan-bahan yang diperlukan:
250 gram spaghetti (direbus dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam dan minyak zaitun)
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung gandum
100 ml susu UHT full cream
5 batang sosej daging (dipotong melintang – digoreng seketika)
100 gram keju cheddar
Garam, serbuk perasa dan serbuk lada sulah secukupnya.
Cara Membuatnya:
1. Masukkan kuning telur, susu UHT full cream, tepung gandum, garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah di atas api yang sederhana besar.
2. Kacau sehingga sebati dan pekat. Matikan api.
3. Kemudian terus masukkan spaghetti yang sudah direbus tadi bersama sosej yang sudah digoreng serta keju cheddar.
4. Bolehlah segera dihidangkan dan cukup enak dimakan ketika masih panas.
Kredit foto: piattitalia
<< Ada juga menggemari Macaroni Cheese? Dapatkan resepinya di sini.
No Comment