Resepi Tauhu Sumbat Sedap Habis!
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Tauhu Sumbat. Pasti anda tertarik dengan kesedapan tauhu sumbat yang pernah anda makan. Jom cuba buat sendiri dengan bantuan resepi tauhu sumbat yang telah disediakan ini.
Tauhu adalah makanan yang berasal dari negeri China. Ada yang menyebutnya tofu, orang Cina sendiri menamainya doufu. Orang Indonesia serta Malaysia dan Thailand lebih suka menyebutnya sebagai tauhu.
Tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga membantu menjauhkankesihatan kita daripada diganggu oleh pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan manfaat kesihatan.
Kali ini Chef WOM.my ingin kongsi satu resepi minum petang yang cukup mudah untuk anda sediakan.
Bahan-bahan untuk resepi tauhu sumbat:
5 keping tauhu
30 gm Timun + Lobak merak + Sengkuang + Tauge (dipotong bentuk jejari)
Sedikit garam
Dapatkan Juga: Resepi Kek Buah Masam Manis
Cara-cara Membuat Tauhu Sumbat:
- Bersihkan tauhu dan gaulkan bersama sedikit garam.
- Gorengkan tauhu hingga kekuning-kuningan.
- Celurkan sebentar timun, lobak merah, sengkuang dan tauge.
- Potong tauhu berbentuk tiga segi dan sumbatkan bahan-bahan yang telah dicelur.
Bahan-bahan untuk Kuah Kacang
200 gm Kacang tanah
15 gm Cili kering
3 gm Belacan
5 gm Bawang putih
125 ml Santan
30 ml Air asam jawa
125 ml Air
5 gm Garam
10 gm Gula
30 ml Minyak masak
Cara-cara untuk membuat kuah kacang:
1. Gorengkan kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Sejukkan seketika dan kupas kulit kacang tanah itu dan kisarkan kacang tanah itu.
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
3. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang dikisar sehingga garing.
4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan ke dalam periuk. Pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga kuah kacang pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak sehingga kuah kacang menjadi pecah minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Anda juga boleh mencicah tauhu sumbat bersama sos cili, bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
Cara buat sos cili:
5 bijicili merah + ½ biji tomato + 2 ulas bawang putih (dikisar)
- Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang dikisar.
- Pastikan api jangan terlalu besar dan dikacau selalu.
- Bila sudah mendidih masukkan cili sos, gula dan garam secukup rasa.
- Masak lagi sehingga pekat.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda yang suka ke dapur.
<< Jom cuba resepi daging black pepper di sini..
No Comment