Resepi Serunding Ikan Terbaik!!!
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Serunding Ikan. Anda suka makan Serunding Ikan?Rasanya yang enak dan berkhasiat, memang cukup membuka selera.
Betul-betul enak dimakan bersama pelengkapnya seperti pulut kuning, roti ataupun nasi panas. Pasti lebih asyik! Anda boleh memasaknya sendiri sebab cara membuatnya cukup mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati.
Selamat Mencuba!
Baca Juga: Resepi Pulut Kuning
Bahan-bahan yang diperlukan:
1kg ikan tenggiri (atau apa sahaja ikan mengikut kesukaan anda)
1 ½ cawan pati santan
Bahan untuk dikisar:
15 biji cili merah (jika mahu lebih pedas tambahkan lagi cilinya)
4cm halia
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping
2 batang serai
1cm kunyit hidup
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Baca Juga: Resepi Daging Pekasam
Cara Membuat Serunding Ikan:
1. Kukus ikan selama 12 minit atau sehingga masak.
2. Apabila sejuk keluarkan tulang-tulangnya dan kisar/tumbuk seketika.
3. Campurkan pati santan dengan bahan-bahan yang sudah dikisar, kunyit hidup, serai, asam keping,garam,gula dan serbuk perasa serta ikan.
4. Setelah itu didihkan di atas api sederhana selama 10 minit sambil mengacaunya selalu.
5. Kecilkan api, dan kemudian terus goreng selama 50 minit dan jaga supaya serunding tidak melekat atau hangus di kuali.
6. Masak sehingga serunding ikan tersebut betul-betul kering.
Nota Kaki: Jom, SHARE Resepi Serunding Ikan ini dengan kawan-kawan anda yang gemar memasak.
<< Anda menyukai makanan sihat? Ketahui resepi Salad Buah-buahan di sini…
No Comment