Resepi Sup Tulang Power
Foto: Sekadar Hiasan
Sup Tulang Power. Menu ini cukup menyelerakan.Rasa pedas dan sedikit masam sup tulang power memang cukup lazat!
Nak lebih sedap, gunakan tulang rusuk. Sup Tulang, salah satu lagi menu wajib yang selalu ada di Hari Raya. Sup tulang Power ini boleh menghangatkan tubuh ketika ada rasa badan kurang fit, kerana tinggi kandungan proteinnya.
Buat pencinta sup, berikut resepi Sup Tulang Power yang boleh anda cuba. Mangkuk pasti licin punya!
Bahan – bahan yang diperlukan:
1. 500 gram tulang sup,cuci bersih
2. 2700 ml air
3. 1 cm lengkuas,diketuk-ketuk
4. 1 cm halia , diketuk-ketuk
5. 1 biji lobak merah,potong dadu
6. 3 biji kentang,potong dadu
Rencahan lain:
1. 3 ulasbawang putih
2. 3 biji bawang merah
3. 1/2 sudu teh ketumbar (biji)
4. 2 kuntum bunga lawang
5. 3 keping kulit kayu manis
6. 3 kuntum bunga cengkih
7. 1 kiub perasa
8. 4 tangkai daun sup atau seledri,dipotong
9. 1 tangkai daun bawang, dipotong
10. Garam,serbuk perasa dan kicap manis secukupnya
11. Bawang goreng (jika suka)
Dapatkan Juga: Resepi Daging Pekasam
Cara Membuat Sup Tulang Power:
1. Rebus tulang sup dengan 1500 ml air
2. Tambahkan lengkuas dan halia,masak hingga empuk (untuk menghilangkan bau hamis tulang tersebut)
3. Setelah itu,buang airnya dan bilas dengan air bersih
4. Tumbuk halus ketumbar,bawang putih dan bawang merah.
5. Kemudian tumis sehingga berbau harum bersama buah laga,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Tambahkan sisa air,masak sehingga mendidih
7. Masukkan lobak merah, kentang dan tulang sup. Masak lagi sehingga lobak merah dan kentang empuk. Jangan lupa tambahkan garam,serbuk perasa dan kicap manis secukupnya.
8. Setelah masak,masukkan daun sup atau seledri serta daun bawang. Kacau sehingga rata.
9. Angkat dan hidangkan bersama taburan bawang goreng.
Jangan lupa SHARE resepi ini ya!
<< Jom Dapatkan juga resepi yang menarik iaitu resepi sayur lodeh disini..
No Comment