SajiTip DapurX-Tra

Cara Tanam Cili Dalam Pasu

cara tanam cili - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Foto: Sekadar Hiasan

Anda suka makan makanan pedas? Teringin nak tanam cili sendiri, tapi ruang kediaman terhad dan tidak mencukupi?

Usah risau, WOM.my ada idea ataupun cara yang membolehkan anda tanam cili sekalipun keluasan kediaman anda terhad.

Cili ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia juga dikenali sebagai lada di kawasan Pantai Timur dan cabai di kawasan Utara Malaysia.

 

Berikut Cara Tanam Cili Dalam Pasu

1. Sebaiknya jangan gunakan tanah di halaman rumah anda kerana kebiasaannya tanah tersebut tidak subur. Gunakan tanah campuran yang mengandungi dua bahagian tanah, satu bahagian kompos dan satu bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

 

2. Semai 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm.

 

3. Apabila anak pokok mulai tumbuh, siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

 

4. Taburkan sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok pada setiap minggu.

 

5. Gunakan juga rumput-rumput kering untuk diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

 

Info Ekstra!

Menyemai Benih:- Sebaiknya rendam benih dengan air semalaman untuk merangsang akar. Abaikan benih yang terapung. Semaikan satu persatu dan jaga kelembapannya. Penjagaan pokok cili bukan setakat itu sahaja.

 

 

Terdapat Banyak Ancaman Terhadap Pokok Cili. Antaranya:

  • Layu Bakteria

Antara penyakit cili yang paling kritikal adalah Penyakit Layu Bakteria yang disebabkan oleh Phytium spp atau Fusarium spp yang mengakibatkan pokok yang diserang akan layu dan boleh mati jika tidak dikawal dengan segera.

Penyakit ini mudah menyerang tanaman cili terutama jika kawasan tersebut pernah ditanam dengan cili atau famili Solanaceae lain dan tanah yang agak lembab.

Kawalan untuk penyakit ini adalah dengan kaedah amalan pertanian yang elok seperti mencabut pokok yang telah diserang dan membakarnya, semburan racun kulat , memilih anak benih rintang penyakit, kebersihan ladang dan jalankan giliran tanaman.

Serangan boleh berlaku dari peringkat awal pertumbuhan sehingga pokok matang dan berbuah. Jika berlaku pada peringkat awal, penanaman perlu dijalankan sulaman anak benih. Jalankan pemantauan di kawasan tanaman cili dari jangkitan pokok yang telah diserang.

 

 

Baca Juga: Cara Tanam Tomato

 

 

  • Kerinting Daun

Penyakit kerinting daun disebabkan oleh Virus Tristeza yang merupakan satu lagi masalah dalam penanaman cili  dan ia sentiasa menjadi ‘kegusaran' kepada penanam cili.

Pemerhatian petani mendapati bahawa apabila ia telah mula berlaku serangan kerinting daun pada satu dahan atau pokok ia akan cepat merebak kepada pokok lain jika tidak dikawal dengan segera.

Tanda serangan dilihat apabila daun muda yang aktif mula kerinting atau berkerekot atau bergulung dan kadang-kadang kekuningan sedikit bermula pada satu dahan dan akan membiak ke kawasan lain. Akibatnya pokok tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan cekap dan pengeluaran bunga akan terganggu atau tidak berbunga langsung.Lazimnya tunas-tunas baru tidak akan keluar dan jika ada buah pun saiznya adalah sangat kecil.

Adalah disyorkan agar dahan pada pokok yang diserang dipotong dan dibakar atau jika serangan yang sangat teruk maka pokok tersebut dicabut dan dibakar. Kalau banyak pokok dalam kebun telah banyak diserang lebih baik musnahkan semua dan tanam baru.

 

 

Baca Juga: Cara Tanam Serai

 

 

  • Bintik Daun

Penyakit Bintik Daun (Cercospora spp) pula akan mengakibatkan daun yang diserang berbintik dan mengurangkan aktiviti fotosintesis. Ia boleh dikawal dengan semburan racun Benomyl.

Penyakit Antraknos buah cili yang disebabkan oleh kulat Collectotricum spp. akan merosakkan kualiti buah cili dan dikawal dengan semburan racun seperti Mancozeb.

Perlu diingat setelah semburan racun dibuat jangan terus memetik buah cili, tunggu TDMH (Tempoh Dilarang Mengutip Hasil) seperti yang dituliskan pada label racun. Anda perlu menghasilkan cili yang berkualiti, bersih, berkhasiat dan yang penting tidak ada sisa baki racun di dalamnya.

 

 

Baca Juga: Tips Pilih Buah-Buahan Segar

 

 

  • Serangga Perosak

Antara perosak tanaman cili adalah Hamama Merah, Kutu Daun dan Aphids serta Koya. Serangga ini merupakan agen peyebaran pathogen pembawa penyakit sama ada kulat, bakteria atau virus.Koya hidup di bawah daun yang telah berkerekot akan menghasilkan cecair manisan (secretion) yang akan menyebabkan semut yang suka akan manisan menghisapnya, berlendir dan menyebabkan wujudnya kulat Jelaga Hitam.

Koya juga mampu bergerak keseluruh pokok cili dan menyebabkan kadar serangan penyakit cepat merebak. Bagi mengawal masalah kutu daun anda boleh menggunakan semburan racun kimia seperti chlorpyrifos imidachlorpid mengikut arahan pada label.Serangan Hamana Merah pula boleh dikawal dengan semburan racun Malathion atau Dichlofo.

Baca Juga: Penyakit Kutu Kelamin

 

Nota Kaki: Sila SHARE artikel ini. Moga ia turut memberikan manfaat kepada orang lain yang membacanya.

<< Cara Tanam Rumput Karpet

 

 

 

Previous post

Mesti Pergi! 6 Tempat Menarik Di Port Dickson

Next post

Wajib Cuba! Resepi Cheese Kek

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *