Kuih Buah Rotan
Kredit : bp
Buah rotan merupakan salah satu jenis kuih kering tradisional yang sesuai dihidangkan untuk hari raya nanti.Kuih buah rotan yang berbalut bijan dan digoreng ini mempunyai rasa yang sedap walaupun anda perlu gigih untuk menggentelnya. Selamat mencuba resepi kuih buah rotan ini.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
3 cawan tepung pulut
½ cawan gula halus
1 biji telur
½ kotak kecil santan (jika adunan keras tambah sedikit air)
Secubit garam
Bijan secukupnya
Minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara Membuat Buah Rotan
- Kacau telur dan gula sehingga mengembang.
- Kemudian masukkan tepung pulut yang telah diayak bersama garam.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit santan ke dalam adunan sambil diuli sehingga lembut.
- Ambil secubit adunan dan bulatkan.
- Kemudian celupkan ke dalam air kemudian golekkan ke dalam bekas berisi bijan.Biar sampai permukaannya dipenuhi bijan.
- Goreng sehingga kekuningan dengan api yang sederhana.
<< Dapatkan resepi Kek Lumut Sarawak di sini.
Related Posts
Tags:Buah Rotan
No Comment