Selera

Resepi Apam Gula Merah

Apam Gula Merah - Woman Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: resepmasakanterbaru

Apam Gula Merah. Apam gula merah merupakan sejenis hidangan kuih-muih yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu.

Kuih apam gula merah ini dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum dan beras serta yis dengan campuran air dan gula merah. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam loyang dan dikukuskan.Kuih apam gula merah ini biasanya dipotong terlebih dahulu dan dihidangkan dengan bersama parutan kelapa muda yang telah digaul bersama sedikit garam.

 

Resepi Apam Gula Melaka

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 1 cawan gula merah
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan

Bahan B

  • 1 sudu besar yis
  • ¼ cawan air suam
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C

  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 cawan air

 

Dapatkan Juga: Resepi Buah Melaka

 

Cara Membuatnya:

  1. Masak semua bahan A sehingga gula larut. Ketepikan sehingga sejuk.
  2. Bancuh bahan B dan biarkan sehingga berbuih.
  3. Campurkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan semula bahan A yang telah sejuk tadi.
  4. Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan B tadi. Setelah sebati, tutup dan biarkan ia diperap selama 1 jam atau naik 3x ganda.
  5. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
  6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api yang sederhana kuat.
  7. Setelah masak, biarkan apam gula merah ini sejuk, barulah dipotong dengan pisau tajam supaya kuih tak kelihatan mampat.
  8. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

 

Info Extra!

Khasiat Gula Merah

Gula merah berperanan sebagai agen yang mampu membersihkan racun-racun dari darah anda.

Selain berfungsi untuk membersihkan racun di dalam darah, gula merah juga boleh mengurangkan masalah penghadaman. Caranya tambah gula merah di teh susu atau minuman anda yang lain agar dapat melancarkan sistem penghadaman.

Gula merah mengandungi zat besi sehingga membantu mengatasi masalah anemia ketika wanita haid.

Gula merah boleh mengatasi masalah kulit seperti bintik hitam dan jerawat. Gula merah ini tidak menyebabkan keradangan kulit. Gunakannya jika anda mahukan kulit yang lembut dan bersih.

Gula merah mempunyai sifat menyejukkan sehingga boleh dimakan ketika anda terkena batuk kering dan demam. Caranya dicampurkan ke menu makanan. Gula merah ini boleh membantu anda untuk mencairkan kahak dan batuk cepat reda.

Pesakit asma digalakkan untuk menggunakan gula merah dan mengurangkan gula pasir. Ketika suhu badan terjaga, asma dapat diatasi dan tidak mudah berulang. Gula merah juga mempunyai sifat anti alergi.

Seringkali para wanita ketika haid perut terasa sakit. Ambil kunyit yang dibancuh dengan gula merah, maka sakit perut tersebut akan reda.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Dapatkan resepi kek batik milo yang cukup enak di sini.

Previous post

Rawat Wajah Anda Dengan Masker Kentang

Next post

4 Cara Mudah Hilangkan Bulu Kaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *